Saturday, December 28, 2024

Jalan-jalan Vietnam Day 6 Ho Chi Minh City - Kuala Lumpur (Disember 2024)

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Vietnam dan akan bergerak semula menuju ke Malaysia.Kami bersarapan pagi dahulu di Musa Karim Halal Restaurant sebelum memulakan aktiviti membeli belah dan berjalan di sekitar Pasar Ben Thanh.Dekat sini terjual pelbagai jenis baju,seluar,barang kraf tangan,hand bag dan sebagainya.



Sarapan pagi kami di Musa Karim Halal Restaurant



Sarapan pagi dengan pho.Kalau campur ketumbar jawa serta semua sayur,perah limau dan sambal 
ke dalam pho.Memang ngong.Recommended sangat2 😋


Selepas selesai sarapan,kami memulakan aktiviti berjalan sekitar Ho Chi Minh City dan seterusnya ke Pasar Ben Thanh untuk cuci mata dan membeli-belah


Sekitar Pasar Ben Thanh


Dekat Malayia street ni pon jugak pilihan barang-barang yang boleh dibeli seperti telekung,kain pasang,baju,tudung dan macam-macam lagi.


Shopping di Miniso Vietnam


Selepas selesai membeli-belah kami menuju semula ke Musa Karim Halal Restaurant untuk makan tengahari sebelum kami pulang ke hotel untuk berkemas dan menuju ke airport.



Makan tengahari di Musa Karim Halal Restaurant



Air kelapa segar



Nasi dan paprik seafood



Vietnamese Rolls jangan dilupa.Sebelah kiri popia goreng dan sebelah kanan fresh Vietnamese Rolls.Sos cili dia berbeza sikit dari Malaysia.Rasa dia lebih kepada sos ikan macam tu.


Dah alang-alang nak pulang jangan lupa bungkus Banh Mi daging (roti baguette di isi dengan sos,sayur dan daging).Memang ngong 😋
Selepas selesai makan tengahari di sini,kami menuju pulang semula ke hotel dan berkemas sebelum menuju ke airport.Semestinya masa ni paling kritikal sekali lagi-lagi kalau membeli belah dan packing barang sekali dalam beg.Dekat bahagian lobi hotel terdapat juga kemudahan wrapping plastik luggage untuk tujuan keselamatan.



Menunggu di ruangan lobi hotel



Menunggu giliran untuk check-in luggage



Menuju ke balai berlepas 


Selfie dahulu 📸



Jangan lupa cuba latte pistachio dari Santan


Selepas beberapa jam,kami selamat mendarat dan tiba di Malaysia dalam 7.35 malam.



Selamat tiba di Malaysia



Aunty Zarina bersama semua untuk memastikan kami dapat luggage dan
tiada urusan tergendala



Hari-hari terakhir di Vietnam 


Ada beberapa tips yang boleh Illa share dan sampaikan sepanjang kami travel di Vietnam 6 Negeri ni untuk rujukan korang nanti :



Keselamatan Barang

Pentingnya menjaga keselamatan barang lagi-lagi membeli-belah di Ho Chi Minh City.Gunakan beg yang sesuai seperti crossbody atau handbag yang sesuai untuk digunakan.Korang boleh jugak beli bag seperti : https://vt.tiktok.com/ZS6kkcuJp/



Masa membeli-belah di Pasar Ben Thanh atau sekitar Ho Chi Minh City

Kalau nak membeli belah,survey dulu harga dengan penjual dan kalau betul berminat nak membeli baru korang nego harga,mostly penjual akan consider.Kalau ada penjual push untuk beli barang lain masa nak bayar,tegas dalam menolak dan beli apa yang mahu sahaja.Jangan juga amik tester atau kacang kalau korang takde niat nak membeli sebabnya penjual Vietnam akan bising kalau kita tak membeli.Masa membeli baju di Pasar Ben Thanh,pastikan cuba baju yang nak dibeli tu sampai puas hati sebabnya sizing baju orang Vietnam tak sama dengan Malaysia.Kebanyakkan orang Vietnam bersaiz kecil.Saiz 3XL umpama saiz L.Kena cuba dahulu baru puas hati.


Beli kudap-kudap dan minyak angin sebelum ke Taman Tema VinWonders Nha Trang

Andai kata korang bawak mak ayah yang cenderung ada hipo atau korang gula,make sure bawak snack bar.Dekat sini memang takde makanan halal.So sebaiknya snack bar atau gula-gula boleh dijadikan sebagai alas perut.Jangan lupa juga untuk bawa minyak angin persediaan awal jika sakit kaki.

Snack bar : https://vt.tiktok.com/ZS6kBMFVy/
Minyak angin : https://vt.tiktok.com/ZS6kkEj3R/


Topi/Alat Pelindung Matahari (Sunscreen)

Kalau nak elakkan burn duduk bawah matahari dalam jangka waktu yang lama,jangan lupa pakai sunscreen dan bawak topi jenis bertali (nak elak topi terbang masa naik jeep nanti lagi-lagi duduk bahagian belakang) dekat White Sand Dunes Mui Ne dengan Taman Tema VinWonders Nha Trang.

Topi dengan tali : https://vt.tiktok.com/ZS6kB47Cb/
Sunscreen : https://vt.tiktok.com/ZS6kSLmL6/


Portable Bidet 

Benda ni paling penting.Kalau mendarat dekat Tan Son Nhat International Airport Ho Chi Minh City ,semestinya kawasan tandas memang takde air mahupon bidet.Yang ada cuma air di sinki.Pentingnya korang bawa bidet kemana sahaja andai kata korang nak ke tandas.Bawa juga tisu jika menjadi keperluan.

Portable bidet : https://s.shopee.com.my/5AcPxOkPRl


Makanan Halal

Dekat Vietnam ni kurang orang Muslim.Dari 99 juta orang di Vietnam,kurang dari 1% orang Muslim di Vietnam.Makanan halal memang terhad.Andai kata waktu malam korang lapar,boleh sahaja bawak makanan instant seperti https://vt.tiktok.com/ZS6kBSoee/
Even air pon kena memilih jugak kalau nak minum.


Berjalan mengenali budaya dan bermain di Taman Tema VinWonders

Andai kata korang berminat untuk berjalan mengenali budaya,shopping dan bermain di Taman Tema VinWonders dalam satu pakej.Pakej ni yang Illa boleh suggest dekat korang,Vietnam 6 Negeri (Ho Chi Minh-Dong Nai-Mui Ne-Phang Rang-Dalat-Nha Trang).Pakej kitaorang ni dah termasuk :

✅ Tiket flight pergi dan balik (tak termasuk makan dalam kapal terbang)
✅Penginapan di hotel
✅ Hand carry 7 kg dan luggage 20 kg
✅Tiket kabel car + bermain di Taman Tema VinWonders
✅Tour guide yang tahu selok-belok Vietnam dan mampu berbahasa Indonesia


Kalau korang nak tahu lebih lanjut,boleh contact no di bawah.Jangan segan silu diorang akan bantu.Tekan je dekat no terus ke link WhatsApp.




📱Aunty Zarina (019-233 2763)
📱Encik Shazuan (013-7784498)


Sekian sahaja blog Illa di Vietnam 6 Negeri (Ho Chi Minh-Dong Nai-Mui Ne-Phang Rang-Dalat-Nha Trang).Semoga memberi manfaat dan rujukan buat yang ingin ke Vietnam nanti.Jumpa lagi blog travel lain lagi nanti.

Bye-bye <3

Friday, December 27, 2024

Jalan-jalan Vietnam Day 5 Dalat - Ho Chi Minh City (Disember 2024)


Hari ni merupakan hari terakhir kami berada di Dalat sebelum bergerak ke Ho Chi Minh City.Kami sarapan pagi di Sarah Halal Food Restaurant Da Lat .


 
Sarapan pagi di Sarah Halal Food Restaurant Da Lat



Sarapan pagi kami mihun goreng dan kopi susu


Kalau ada aunty yang jual kuih bingka ubi ni,jangan lupa beli memang ngong.
Recommended 😋



Ada jugak yang jual karipap tapi inti kelapa parut dan gula



Sarapan bersama sebelum menuju ke Ho Chi Minh City

Masa tengah sarapan tu sempat lagi berbual dengan peniaga jambu batu di Dalat,Lien.Kalau korang berminat nak beli jambu batu,boleh contact Lien dekat apss Zalo,antara apps yang banyak digunakan di Vietnam.



Bergambar bersama Lien 📸


Apps Zalo yang korang boleh guna untuk contact Lien.
Zalo ni lebih kurang macam WeChat.

Lien
📲 +0769843061


Selepas selesai sarapan,kami menuju ke Istana Bao Dai .Istana ni dibina seawal tahun 1933 dan siap pada 1938.Istana ni juga berfungsi sebagai kediaman percutian Maharaja Vietnam Terakhir,Bao Dai.Istana Bao Dai ni juga berfungsi tempat acara politik penting,mensyuarat diplomatik serta jamuan negara semasa pemerintahan Bao Dai.Di dalam istana ni juga terdapat koleksi artifak,gambar dan barangan peribadi keluarga diraja.

Seni bina istana ni telah direka oleh arkitek Perancis,arkitek Huynh Tan Phat serta yang menjalankan operasi kerja,encik Vo Dinh Dung dan jurutera Ton That Huong.Kebanyakan bahan binaan istana ni dibawa terus dari Perancis dan dari Vietnam tengah.Istana ni juga berkeluasan 1000 m2 dan memiliki 26 bilik.Bahagian dalam istana terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ruangan kerja,bilik penyambut tetamu,bilik hiburan dan bilik tidur.Dari tahun 1938 sehingga 1945,Maharaja Bao Dai menggunakan istana sebagai tempat bercuti musim panas dan menamakan istana tersebut sebagai 'Istana Musim Panas'.


Pintu hadapan Istana Bao Dai


Bahagian hadapan istana Bao Dai

Kena pakai alas kaki dahulu sebelum masuk ke dalam kawasan istana.
Alas kaki ni memang pihak istana sediakan.

Bilik kerja Maharaja Bao Dai 

Gambar paling kiri sekali merupakan gambar Maharaja Bao Dai,bahagian tengah Permaisuri Nam Phuong dan kanan sekali Putera Diraja,Bao Long



Antara pinggan mangkuk yang digunakan Maharaja 
Ada juga pemberian dari negara luar kepada Maharaja



Antara koleksi barangan peribadi Maharaja Bao Dai



Kawasan bilik menunggu



Ruangan bilik persidangan 



Ruangan bersantap Putera-putera dan Puteri-puteri Diraja



Antara pakaian yang digunakan



Ruang tamu Maharaja Bao Dai,Permaisuri Nam Phuong  serta 2 Putera (Putera Diraja Bao Long & Putera Bao Thong) dan 3 Puteri (Puteri Phuong Dung,Puteri Phuong Mai & Puteri Phuong Lien)



Singgahsana Maharaja



Ruangan bersantap Maharaja Bao Dai,Permaisuri Nam Phuong dan Putera Raja Bao Long



Ruangan istirehat Maharaja Bao Dai.Tuanku kebiasaannya bermain catur cina,kad atau minum teh
sambil bersantai di sini.Ada juga 2 buaian sutera yang dikhaskan untuk Maharaja dan Permaisuri



Antara model kereta kebanggaan Vietnam,iaitu VinFast kereta elektrik/EV sedang mengecas kereta EV di luar perkarangan Istana Bao Dai (ruangan charging EV)


Selepas selesai lawatan seharian di Istana Bao Dai,kami menuju pulak ke ladang pisang kaki.Disini terdapat pisang kaki yang ditanam segar.



Kami menuju ke ladang pisang kaki



Dekat sini ada juga ditanam pokok bunga



Pokok pisang kaki berbuah lebat



Buah pisang kaki dipetik segar dari ladang



Proses pengeringan buah pisang kaki


Selepas selesai kami membeli-belah di ladang buah pisang kaki,kami meneruskan perjalanan menuju ke kafe 49 Rest Stop yang terletak di Dai Lao,Bao Loc untuk makan tengahari.



Kami singgah berehat untuk makan tengahari 



Menu makan tengahari kami.Nasi goreng  ni dibungkus dari Dalat.



Kalau korang perasan sambal dekat nasi goreng tu sebenarnya sambal dendeng Mak Cu.
Kalau teringin nak makan pedas-pedas boleh sahaja bawak paket sambal travel



Kalau dah datang kafe ni jangan lupa cuba air avokado.Memang sedap 😋



Dekat sini pon ada kemudahan surau


Ruangan bahagian dalam kafe


Ada jugak ruangan membeli ole-ole


Tudung dan baju pon ada jual di sini


Ada jugak kasut,manisan serta gula-gula dijual di sini.



Kalau dah sampai Vietnam rugi kalau tak beli kopi dekat sini.Ada kopi robusta dan arabica.
Kopi instant 3 dalam 1,2 dalam 1,coarse coffee dan macam-macam lagi pilihan ada dekat sini.Teh artichoke pon ada jual disini.



Ada jugak pelbagai jenis biskut dan kerepek dijual disini



Dekat sini pon ada tester untuk korang cuba sebelum membeli.
Belah kanan tu biskut kelapa.


Kuih durian pon ada jugak dijual disini.
Rasa dia kurang manis,pastri pon nipis & rasa durian tak terlalu kuat



Kunyah-kunyah dulu sebelum bergerak.Thanks aunty Shikin


Selepas selesai makan tengahari dan solat di sini kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Bandar Ho Chi Minh.Selepas beberapa ketika,bas kami berhenti di sebuah kawasan seperti RNR.



Bas berhenti seketika di kawasan seperti RNR



First time jumpa kawasan RNR jual pinggan mangkuk design dulu-dulu seperti
mangkuk ayam dan macam-macam bentuk lagi



Kalau dah turun dekat sini jangan lupa cuba susu yogurt yang ni.Tak terlalu manis,rasa yogurt pon tak terlalu masam just nice.Memang recommended 😋


Selepas selesai di sekitar RNR,kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Ho Chi Minh City.Kalau korang perasan dekat sepanjang jalan,kebanyakkan kedai makan atau tempat rehat ada buaian/hammock serta meja kecil.Kebanyakan orang Vietnam terlibat dengan industri pertanian dan selepas penat seharian di ladang,mereka akan mencari tempat untuk berehat sambil menikmati kopi.Mereka akan berbuai sambil menikmati kopi.Cara mereka menikmati kopi pon berbeza dari kita.Kebiasaannya mereka akan minum kopi yang pekat anggaran 1/4 dari cawan dan cara mereka minum pon menghirup sedikit demi sedikit (sebabnya terlalu pekat).



Kebanyakan kedai-kedai makan,tempat rehat atau restoran memang menyediakan buaian untuk berehat serta menjadi salah satu budaya mereka.

Memandangkan perjalanan menuju ke Bandar Ho Chi Minh masih jauh,kami berhibur seketika di atas bas.



Berhibur suka-suka di kala petang hari.Gambar sahaja tiada video 😂


Selepas seharian kami di dalam bas,kami tiba di Bandar Ho Chi Minh sekitar 5.18 pm.Kami check-in di Nicecy Boutique Hotel betul-betul berdekatan dengan Malaysia Saigon Street (antara lorong serta kawasan makanan Halal di Bandar Ho Chi Minh) dan Pasar Benh Thanh.



Ruangan bilik kami



Terbaik bilik air siap bathtub lagi


Selepas selesai check-in,kami menuju ke Restaurant Halal Osmal untuk makan malam.



Restaurant Halal Haji Osmal


Menu makan malam kami ada siakap stim limau versi Vietnam,telur kicap,sup sayur dan udang,ayam buttermilk dan sayur tauge goreng


Selepas selesai makan malam,kami menuju sekitar Malaysia Street.Dekat sini memang heaven dengan makanan sebabnya banyak pilihan restoran makanan Halal.Dekat jalan ni jugak terdapat juga kedai yang menjual telekung dan tudung.



Kalau cari ole-ole keychain baju korang boleh datang depan Queen Central Hotel ni.Banyak pilihan dan harga boleh nego.Penjual dekat sini terima duit Malaysia dan Vietnam.



Kalau nak cari beg pon boleh datang dekat sekitar Malaysia Street ni tapi kedai ni buka waktu malam sahaja tau dari 6.30 pm sampai 12.30 pm macam tu.Dia tak bukak waktu pagi.


Selepas selesai makan dan membeli-belah di sini,kami terus pulang ke hotel untuk berehat,berkemas dan tidur memandangkan esok merupakan hari terakhir kami di Vietnam.

Bye-bye <3