Chào buổi sáng thế giới
(Selamat pagi dunia)
Hari ni merupakan hari ketiga kami berada di Vietnam.Pagi tu kami bersiap awal dan bersarapan di bilik sahaja memandangkan bas tak boleh masuk ke kawasan restoran.Sarapan kami disediakan oleh Restoran Halal Karim Nha Trang,restoran yang sediakan makan malam kami pada hari kedua dan di hantar terus ke hotel kami.Pagi tu kami menikmati nasi goreng seafood berserta sos ikan dan kopi susu.
Sarapan di dalam hotel sahaja
Makan bersama sebelum check out
Selepas selesai sarapan kami bersiap,berkemas dan check out dan menuju ke taman tema Vinwonders Nha Trang.Untuk pengetahuan korang,taman tema Vinwonders bukan sahaja terletak di Nha Trang tapi juga di Nam Hoi An Da Nang,Cua Hoi dan Phu Quoc (paling terkenal).Itu pon belum lagi dengan pecahan taman tema setiap tema Vinwonders.
⛱ Hai Phong
- Vinpearl Horse Academy
⛱ Nghe An
- VinWonders Cua Hoi
⛱ Ho Chi Minh
- Fantasy on Ice
⛱ Ha Noi
- Grand World
- VinKE & Vinpearl Aquarium
- VinWonders Wave Park & Water Park
⛱ Hoi An - Da Nang
- Vinwonders Nam Hoi An
⛱ Phu Quoc
- Grand World Phu Quoc (kawasan ala Eropah)
- Vinpearl Safari Phu Quoc
- VinWonders Phu Quoc
Antara taman tema yang terbesar dari semua VinWonders yang ada di Vietnam.Nak pergi ke sini boleh menaiki kereta kabel atas laut yang terpanjang di dunia atau direct flight terus ke airport Phu Quoc.Selain tu kepulauan Phu Quoc ni berdekatan dengan sempadan Cambodia.
⛱ Nha Trang
- Aquafield Nha Trang
- Hon Tam Mud Bath
- Vinpearl Habour
- VinWonders Nha Trang
Nak kesini boleh menaiki kereta kabel atas laut atau menaiki speed boat.
Kami ke taman tema VinWonders Nha Trang menaiki kereta kabel.Dekat sini ada beberapa bahagian kawasan taman tema air,taman tema VinWonders dan Vinpearl Harbour.

Antara bahagian taman tema VinWonders Nha Trang
.jpg)
Kami menaiki Vinpearl Cable Car Nha Trang

💕

Beratur menunggu masuk menaiki cable car
Kami menaiki kereta kabel menuju VinWonders
.jpg)
Mak dan abah 😍
Kawasan stesen kereta kabel merupakan salah satu kawasan VinPearl Harbour.Dekat kawasan VinPearl Harbour sahaja ada 9 tempat iaitu Festival Square,Cable Car Station,Center Square,Harbour Market,Aquafields,Harbour Night Market,Stunt Show,Go Kart race track serta hotels drop-off station.
.jpg)
Turun je dari kereta kabel korang akan jumpa sign Vinpearl Harbour

Kami tiba di kawasan Center Square
.jpg)
Center Square
.jpg)
Kami datang pada awal pagi dan hari biasa.Masa ni memang tak ramai lagi orang
Nak masuk ke dalam VinWonders memang kena scan tiket lagi selepas kereta kabel
Perlu naik eskalator untuk ke Worlds Garden
.jpg)
Haa baru sampai depan pintu masuk VinWonders
Kawasan ni dekat dengan Festival Square & Harbour Night Market
Kami menuju ke bahagian Sea World (Crashing Rainbow,Underwater World,Musical Water Fountain,Flying Cinema,Ocean Square) dan kami memilih pergi ke Underwater World.Dekat sini terdapat akuarium besar yang menempatkan pelbagai jenis ikan.Dekat bahagian bawah pulak ada akuarium besar yang mempunyai pertunjukan air seperti mermaid show.
.jpg)
Vinwonders Underwater World

Bahagian hadapan masuk VinWonders Underwater World

Aquarium Show
Selepas selesai di VinWonders Underwater World,kami menuju ke World Garden.Dekat sini terdapat 11 jenis taman seperti Yummy World Garden Restaurant,Winter Colours,African Desert,Aboriginal Village,Japanese Garden,Rose Kingdom,Watching Tower,Tata Flowers,Sky Garden,Sky Wheel dan Sky Boulevard.Kami menuju ke Winter Colours untuk melihat bunga dalam tempat tersebut.

Termenung fikir sapelah tu hehe 😂

Pintu hadapan World Garden

Nak ke Winter Colours kena melalui kawasan Yummy World Garden Restaurant

🌸🌼🌻
Kawasan World Garden
.jpg)
Cantiland
.jpg)
Kawasan pokok kaktus
Semasa melawat sekitar kawasan pokok kaktus,Illa disapa sorang uncle dari Saigon City/Ho Chi Minh City,Mr Hong.Alkisahnya saja ajak berborak berkenalan dengan kawan dari negara lain.Salam perkenalan dari Malaysia,Mr Hong.

Yang paling kiri sekali Mr Hong dan sebelah tu isteri dia.Diorang jalan2 bersama
kawan-kawan ke Nha Trang
Selepas selesai berjalan sekeliling kawasan Garden World,kami menuju pula di kawasan yang berdekatan King Garden (Bird Show Stage,Natural Boulevard,Flamingos Lake,Bird World,King's Garden,Kid Zoo).Dekat sini lebih kurang macam mini zoo.

King's Garden

Capybara

Babun

Singa
.jpg)
Harimau Bengal
Sekitar King's Garden
Dekat sini pon ada juga pertunjukan burung untuk kanak-kanak.Kalau mak ayah yang bawak anak-anak berjalan di sini boleh juga ke bahagian Kid Zoo untuk mengenali haiwan dekat sini.
Pertunjukan burung pon ada dekat sini
.jpg)
Mak ayah pon boleh bawak anak-anak dekat Kid Zoo
Budak-budak pon boleh bermain dengan haiwan dekat Kid Zoo
Swing Carousel
Dahlah dekat tepi bukit pulak tu.Haa kann nak sangat naik 😂
Giant Sky Chasers
.jpg)
Jiwa muda-mudi 😂
Dekat bahagian bawah pula ada juga permainan seperti BumTpers Cars,Tata World River Adventure,Tata's Fairy Land.Bahagian paling atas ada Zipline dan Alpine Coaster.Tu belum lagi termasuk kawasan Tropical Paradise (taman tema air) memang tak boleh cover semua tempat dalam satu hari.
BumpTpers Cars
Tata World River Adventure
Tata's Fairy Land.Dekat sini ada Candy Kingdom taman permainan untuk kanak-kanak.
Dekat sini mak ayah boleh berehat sambil memerhati anak-anak bermain.
Selepas selesai bermain seharian di VinWonders,kami menuju ke Restoran Halal Food Karim Nha Trang.
Selepas makan tengahari dan solat Zuhur di Restoran Halal Food Karim Nha Trang,kami meneruskan perjalanan menuju ke Dalat.Perjalanan kami mengambil masa 5 ke 6 jam untuk sampai ke Dalat.
.jpg)
Kami singgah seketika untuk berehat dan ke tandas
Dekat sini dah boleh terasa agak sejuk.
Masa ni tengah berkabus sepanjang jalan menuju ke Dalat
Selepas beberapa jam perjalanan,kami tiba di Dalat jam 6.29 pm.Kami menuju ke Restoran Halal Food Dalat Hajah Hawa untuk menikmati makan malam.Memandangkan cuaca sejuk sekeliling Dalat,malam tu kami menikmati steamboat kuah tomyam serta nasi goreng.Sejuk-sejuk sekeliling makan dengan sup panas-panas memang layan.

Antara restoran yang halal di Dalat

Makan malam kami 🍽
Makan steamboat panas-panas pada waktu cuaca yang sejuk memang best 😋
Selepas selesai makan malam kami menuju ke Xuan Hong Hotel Dalat untuk urusan check-in hotel.Dekat sini memang takde aircond kalau malam-malam nak bilik sejuk,just bukak tingkap je memang sejuk.Alang-alang dah sampai Dalat rugi kalau tak pusing sekitar kawasan dan pasar malam Dalat.

Masa ni masuk bilik pon dah sejuk ☃

Tandas pon selesa
Kalau nak pergi ke Pasar Dalat make sure jaga beg dengan barang baik-baik sebabnya dekat sini memang ramai orang.Bayangkan kalau hari biasa pon dah ramai apetah lagi masa hari minggu.
.jpg)
Kalau korang nak rasa air soya boleh cuba dekat kawasan bulatan tu
Suasana di Pasar Malam Dalat
Kalau korang nak berjalan sini waktu malam dan jenis tak tahan sejuk,
sebaiknya gunakan stokin dengan kasut sebabnya dekat sini lagi sejuk dari Cameron Highlands.Selepas puas berjalan di sini,kami pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.Esok banyak lagi aktiviti yang kami akan lakukan.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment