Hari ni merupakan hari terakhir kami berada di Dalat sebelum bergerak ke Ho Chi Minh City.Kami sarapan pagi di Sarah Halal Food Restaurant Da Lat .
Sarapan pagi di Sarah Halal Food Restaurant Da Lat
Sarapan pagi kami mihun goreng dan kopi susu

Ada jugak yang jual karipap tapi inti kelapa parut dan gula

Sarapan bersama sebelum menuju ke Ho Chi Minh City
Masa tengah sarapan tu sempat lagi berbual dengan peniaga jambu batu di Dalat,Lien.Kalau korang berminat nak beli jambu batu,boleh contact Lien dekat apss Zalo,antara apps yang banyak digunakan di Vietnam.

Bergambar bersama Lien 📸
Apps Zalo yang korang boleh guna untuk contact Lien.
Zalo ni lebih kurang macam WeChat.
Lien
📲 +0769843061
Selepas selesai sarapan,kami menuju ke Istana Bao Dai .Istana ni dibina seawal tahun 1933 dan siap pada 1938.Istana ni juga berfungsi sebagai kediaman percutian Maharaja Vietnam Terakhir,Bao Dai.Istana Bao Dai ni juga berfungsi tempat acara politik penting,mensyuarat diplomatik serta jamuan negara semasa pemerintahan Bao Dai.Di dalam istana ni juga terdapat koleksi artifak,gambar dan barangan peribadi keluarga diraja.
Seni bina istana ni telah direka oleh arkitek Perancis,arkitek Huynh Tan Phat serta yang menjalankan operasi kerja,encik Vo Dinh Dung dan jurutera Ton That Huong.Kebanyakan bahan binaan istana ni dibawa terus dari Perancis dan dari Vietnam tengah.Istana ni juga berkeluasan 1000 m2 dan memiliki 26 bilik.Bahagian dalam istana terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ruangan kerja,bilik penyambut tetamu,bilik hiburan dan bilik tidur.Dari tahun 1938 sehingga 1945,Maharaja Bao Dai menggunakan istana sebagai tempat bercuti musim panas dan menamakan istana tersebut sebagai 'Istana Musim Panas'.
Pintu hadapan Istana Bao Dai
Bahagian hadapan istana Bao Dai
Kena pakai alas kaki dahulu sebelum masuk ke dalam kawasan istana.
Alas kaki ni memang pihak istana sediakan.
Bilik kerja Maharaja Bao Dai
Gambar paling kiri sekali merupakan gambar Maharaja Bao Dai,bahagian tengah Permaisuri Nam Phuong dan kanan sekali Putera Diraja,Bao Long

Antara pinggan mangkuk yang digunakan Maharaja
Ada juga pemberian dari negara luar kepada Maharaja

Antara koleksi barangan peribadi Maharaja Bao Dai

Kawasan bilik menunggu

Ruangan bilik persidangan

Ruangan bersantap Putera-putera dan Puteri-puteri Diraja

Antara pakaian yang digunakan

Ruang tamu Maharaja Bao Dai,Permaisuri Nam Phuong serta 2 Putera (Putera Diraja Bao Long & Putera Bao Thong) dan 3 Puteri (Puteri Phuong Dung,Puteri Phuong Mai & Puteri Phuong Lien)

Singgahsana Maharaja

Ruangan bersantap Maharaja Bao Dai,Permaisuri Nam Phuong dan Putera Raja Bao Long

Ruangan istirehat Maharaja Bao Dai.Tuanku kebiasaannya bermain catur cina,kad atau minum teh
sambil bersantai di sini.Ada juga 2 buaian sutera yang dikhaskan untuk Maharaja dan Permaisuri

Antara model kereta kebanggaan Vietnam,iaitu VinFast kereta elektrik/EV sedang mengecas kereta EV di luar perkarangan Istana Bao Dai (ruangan charging EV)
Selepas selesai lawatan seharian di Istana Bao Dai,kami menuju pulak ke ladang pisang kaki.Disini terdapat pisang kaki yang ditanam segar.

Kami menuju ke ladang pisang kaki

Dekat sini ada juga ditanam pokok bunga

Pokok pisang kaki berbuah lebat

Buah pisang kaki dipetik segar dari ladang

Proses pengeringan buah pisang kaki
Selepas selesai kami membeli-belah di ladang buah pisang kaki,kami meneruskan perjalanan menuju ke kafe 49 Rest Stop yang terletak di Dai Lao,Bao Loc untuk makan tengahari.

Kami singgah berehat untuk makan tengahari

Menu makan tengahari kami.Nasi goreng ni dibungkus dari Dalat.

Kalau korang perasan sambal dekat nasi goreng tu sebenarnya sambal dendeng Mak Cu.
Kalau teringin nak makan pedas-pedas boleh sahaja bawak paket sambal travel

Kalau dah datang kafe ni jangan lupa cuba air avokado.Memang sedap 😋

Dekat sini pon ada kemudahan surau

Ruangan bahagian dalam kafe

Ada jugak ruangan membeli ole-ole

Tudung dan baju pon ada jual di sini

Ada jugak kasut,manisan serta gula-gula dijual di sini.

Kalau dah sampai Vietnam rugi kalau tak beli kopi dekat sini.Ada kopi robusta dan arabica.
Kopi instant 3 dalam 1,2 dalam 1,coarse coffee dan macam-macam lagi pilihan ada dekat sini.Teh artichoke pon ada jual disini.

Ada jugak pelbagai jenis biskut dan kerepek dijual disini

Kuih durian pon ada jugak dijual disini.
Rasa dia kurang manis,pastri pon nipis & rasa durian tak terlalu kuat

Kunyah-kunyah dulu sebelum bergerak.Thanks aunty Shikin
Selepas selesai makan tengahari dan solat di sini kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Bandar Ho Chi Minh.Selepas beberapa ketika,bas kami berhenti di sebuah kawasan seperti RNR.

Bas berhenti seketika di kawasan seperti RNR

First time jumpa kawasan RNR jual pinggan mangkuk design dulu-dulu seperti
mangkuk ayam dan macam-macam bentuk lagi

Kalau dah turun dekat sini jangan lupa cuba susu yogurt yang ni.Tak terlalu manis,rasa yogurt pon tak terlalu masam just nice.Memang recommended 😋
Selepas selesai di sekitar RNR,kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Ho Chi Minh City.Kalau korang perasan dekat sepanjang jalan,kebanyakkan kedai makan atau tempat rehat ada buaian/hammock serta meja kecil.Kebanyakan orang Vietnam terlibat dengan industri pertanian dan selepas penat seharian di ladang,mereka akan mencari tempat untuk berehat sambil menikmati kopi.Mereka akan berbuai sambil menikmati kopi.Cara mereka menikmati kopi pon berbeza dari kita.Kebiasaannya mereka akan minum kopi yang pekat anggaran 1/4 dari cawan dan cara mereka minum pon menghirup sedikit demi sedikit (sebabnya terlalu pekat).

Kebanyakan kedai-kedai makan,tempat rehat atau restoran memang menyediakan buaian untuk berehat serta menjadi salah satu budaya mereka.
Memandangkan perjalanan menuju ke Bandar Ho Chi Minh masih jauh,kami berhibur seketika di atas bas.

Berhibur suka-suka di kala petang hari.Gambar sahaja tiada video 😂
Selepas seharian kami di dalam bas,kami tiba di Bandar Ho Chi Minh sekitar 5.18 pm.Kami check-in di Nicecy Boutique Hotel betul-betul berdekatan dengan Malaysia Saigon Street (antara lorong serta kawasan makanan Halal di Bandar Ho Chi Minh) dan Pasar Benh Thanh.

Ruangan bilik kami

Terbaik bilik air siap bathtub lagi
Selepas selesai check-in,kami menuju ke Restaurant Halal Osmal untuk makan malam.

Restaurant Halal Haji Osmal

Menu makan malam kami ada siakap stim limau versi Vietnam,telur kicap,sup sayur dan udang,ayam buttermilk dan sayur tauge goreng
Selepas selesai makan malam,kami menuju sekitar Malaysia Street.Dekat sini memang heaven dengan makanan sebabnya banyak pilihan restoran makanan Halal.Dekat jalan ni jugak terdapat juga kedai yang menjual telekung dan tudung.

Kalau cari ole-ole keychain baju korang boleh datang depan Queen Central Hotel ni.Banyak pilihan dan harga boleh nego.Penjual dekat sini terima duit Malaysia dan Vietnam.

Kalau nak cari beg pon boleh datang dekat sekitar Malaysia Street ni tapi kedai ni buka waktu malam sahaja tau dari 6.30 pm sampai 12.30 pm macam tu.Dia tak bukak waktu pagi.
Selepas selesai makan dan membeli-belah di sini,kami terus pulang ke hotel untuk berehat,berkemas dan tidur memandangkan esok merupakan hari terakhir kami di Vietnam.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment