Monday, January 29, 2024

Jalan-jalan Perlis 2024 Day 3 (Isnin)

Seawal pagi lagi kami bangun bersiap pergi ke Wang Kelian View Point.Kat sini kalau nak tengok view cantik memang kena datang awal.Dekat sini seawal 6.30 pagi telah dibuka untuk pengunjung.


View waktu pagi di Wang Kelian View Point

Seterusnya kami bersarapan di sekitar Padang Besar.Kami makan roti canai,sarapan nasi lemak,miang kham dan pelbagai kuih mueh di Medan Selera Padang Besar di kedai no 4 (Gerai Sembang Kopi) dan no 5(Roti Canai Warisan).Pilihan memang beragam,harga pon murah-murah.Pukul 10 pagi barulah kami ke Padang Besar dan Waremart untuk membeli-belah.Banyak sangat pilihan sampai rambang mata nak pilih.


Sarapan pagi di Medan Selera Padang Besar.Rambang mata nak pilih.Memang sedap

Tempat wajib datang kalau ke Perlis


Selepas membeli-belah,kami ke Ladang Kenaf View Point.Kat sini boleh lihat kecantikan pokok  kenaf.Alang-alang dan sampai boleh bergambar ootd.Apa itu pokok kenaf?Haa kalau korang nak tau pokok kenaf atau nama saintifik dikenali sebagai Hibiscus cannabinus yang bertujuan untuk menghasilkan makanan ternakan,jualan benih,produk berasaskan fiber dari batang pokok kenaf dan lain-lain.


Tempat ootd wajib dekat sini


Next kami ke Kupi Kahfi di Bukit Tau.Menu yang disediakan kopi dan roti bakar serta beberapa pilihan yang lain.Nak vibes lepak dalam gua sambil menikmati kopi boleh datang sini tau.Lagi-lagi waktu petang.Boleh menikmati kopi sejuk atau kopi panas dalam kawasan gua yang dingin.


Sekitar kawasan Kupi Kahfi Bukit Tau 


Kopi tidak perlukan gula jika kamu di hadapanku.Cia Cia cia 😆


Antara pilihan menu roti yang ada di sini


Kopi sejuk di hari yang terik.Memang melegakan tekak


Makan tengahari pula kami singgah di Suri Masakan Warisan Melayu.Pelbagai jenis pilihan lauk yang ada.Ada masakan lauk kampung,pilihan sambal dan ulam,ikan dan ayam bakar serta lauk pauk yang lain.Make sure datang hari yang betul tau takut kedai tak bukak pulak aritu.


Kami makan lauk ayam masak merah,kuah masak lemak,ada kerang rebus.
Harga memang berpatutan sangat.



Setelah selesai makan kami singgah solat di Masjid Aladdin atau nama sebenar Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Design dan senibina bentuk masjid ni ala-ala kartun Aladdin tau.


Sekitar Masjid Aladdin


Aktiviti petang pula kami berjalan-jalan ke Kampung Warna-warni Kuala Perlis.Kalau bawak sekeluarga bersama ibu bapa boleh menaiki choley keliling seluruh kampung selama 40 minit.Tak penat berjalan mengelilingi kampung.


Naik choley pusing-pusing kampung



Ootd satu kali 📷


Spot wajib ootd di jambatan Kampung Warna-warni 📷




View dari Jambatan Warna-warni


Minum petang pula kami ke Pulau Ketam Kuala Perlis.Dekat sini ada sederet pilihan gerai makanan seperti laksa lemak udang lipan,laksa Perlis,makanan bergoreng,makanan Siam,makanan laut bakar seperti mentarang dan macam-macam lagi.Tak tau nak pilih yang mana.Yang bestnya kat sini view belakang sawah padi dan bahagian depan pula ada pantai.


View belakang sawah padi,depan pulak ada pantai


Malam pula kami singgah solat di masjid terapung di Kuala Perlis atau nama sebenar Masjid Al-Hussain.

Santai-santai sebelum masuk waktu Maghrib


Untuk makan malam pula memang tak sah kalau tak pekena ikan bakar di Kuala Perlis.Kami makan2 santai2 di Sabut Ikan Bakar Kuala Perlis dengan suasana makan di jeti.Pilihan makanan pulak memang beragam seperti siput sedut,pilihan ikan,sotong,pepahat,mentarang dan lain-lain lagi.Make sure datang hari yang betul tau sebabnya hari Rabu cuti.Kang datang tak pasal2 tutup.


View sekitar Sabut Ikan Bakar 


Pilihan makanan yang kami makan di Sabut Ikan Bakar

Kami order sotong celup tepung sekilo lebih,tomyam campur,ikan pari percik seekor,
mentarang bakar,telur dadar dengan kailan ikan masin.Harga memang berpatutan.
Yang paling recommend sekali ikan pari bakar percik,sos dari mentarang bakar dengan sotong celup tepung.Siap bungkus lagi bawak balik makan.hehe

Lepas siap makan,kami terus balik semula ke roomstay kami.Esok sambung lagi story jalan-jalan di Perlis yang merupakan hari terakhir kami dekat sini.

Bye-bye <3 

Sunday, January 28, 2024

Jalan-jalan Perlis 2024 Day 2 (Ahad)

 Awal pagi lagi kami bersiap nak bersarapan di Dusun Nakawan.Kalau nak datang sini memang kena awal pagi sebab ramai orang.Macam2 pilihan makanan yang ada.Goreng-goreng pon ada jugak.Sarapan dengan vibes dalam dusun.

 
Sarapan di Dusun Nakawan
  
Pelbagai jenis pilihan makanan ada di sini


Seterusnya kami ke Nat Getah Perlis.Tak sah kalau tak datang sini sebabnya bukak hanya ari Jumaat dan Ahad sahaja dan bermula seawal 7 pagi.Ada jualan makan-makan minuman,pakaian,ubat-ubatan,barang basah,barang tradisional lama,buku komik legend lama-lama macam Mastika,pokok-pokok dan macam-macam lagi lah.Macam pasar pagi tapi dalam kawasan pokok getah.


Banyak pilihan jualan baju dan barangan



Buku-buka legend dan lama macam Mastika pon ada dijual


Barang-barang lama dan klasik pon ada dijual tau



Rambang mata nak beli apa


Aktiviti yang kami lakukan seterusnya mewarna batik di Batik Inderawasih.Nak datang sini kena tempah jika melebihi 3 orang.Nak walk-in boleh kena pastikan orang tak ramai.Boleh buat pilihan corak sebelum pemilik cantingkan batik untuk kita mewarna.Macam2 corak.Satu kanvas batik hanya RM10 sahaja.Waktu operasi bermula dari hari Isnin sampai Sabtu (9.30 pagi sampai 5.30 petang) dan tutup pada hari Ahad.

Kawasan hadapan Batik Inderawasih


Batik cop in da process



Owner bagi penerangan cara-cara mewarna batik



Khusyuk mewarna batik 



Masing-masing tengah khusyuk mewarna


Sebelum


Selepas


Sekitar kawsasan Batik Inderawasih


Seterusnya kami singgah ke Pasar Terapung JPS dan bungkus makanan tengahari di Anjung Keli.Dekat restoran Anjung Keli memang banyak pilihan makanan lauk-lauk kampung,minuman,dessert,ikan bakar dan bermacam pilihan.


Pasar Terapung JPS


Bungkus makanan di Anjung Keli sebabnya dah tak larat


Lepas siap berehat,seterusnya kami ke Tasik Timah Tasoh Resort.Dekat sini pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkayak,menaiki bot,berbasikal,naik moto elektrik,memanah dan macam-macam lagi.Banyak spot ootd disini.Kanak-kanak pon boleh bermain pelbagai permainan di sini.Alang-alang dan sekitar Timah Tasoh Resort,kami berehat dan makan malam di sini sahaja.


Pemandangan sawah padi sebelum ke Tasik Timah Tasoh Resort.Memang cantik



Sekitar kawsan Tasik Timah Tasoh Resort.Nak berkelah,rehat-rehat dekat sini pon boleh.Kawasan sini sangat berangin.


Parasailing


Sekitar Tasik Timah Resort


Nak berkayak dekat sini pon boleh


Permainan kanak-kanak pon disediakan


Antara permainan lain disini


Santai-santai makan di Tasik Timah Tasoh


Makan malam santai-santai aje


Lepas dah siap-siap makan dan santai,kami terus balik semula ke roomstay kami.Esok sambung lagi story jalan-jalan di Perlis.

Bye-bye <3 

Tuesday, January 23, 2024

Cuti-cuti Malaysia di Perlis 2024 Day 1 (Sabtu)

Tak terlambat rasanya untuk mengucapkan tahun baru 2024 kepada semua.Memandangkan awal tahun baru bermula,Illa meluangkan masa bersama keluarga berjalan-jalan ke Perlis.Kami menaiki ETS selama 5 jam sahaja ke Perlis.ETS mula berlepas pukul 10.20 pagi dari stesen terminal Bandar Tasik Selatan dan sampai jam 4.08 petang di stesen KTM Arau.Bagi yang ingin menaiki seat business class boleh sahaja menempah dari stesen KL Sentral.Macam-macam kemudahan yang disediakan termasuk surau dan kafe di coach.Banyak juga makanan yang disediakan termasuklan Nasi Lemak Rendang Daging,Nasi Putih Ayam Butter Meleleh,Mee Goreng Mamak Sambal Sotong,Nasi Putih Thai Fish Sweet Chilli,Nasi Briyani Rendang Daging dan mini kereopok lekor.Pilihan western pon ada seperti Spaghetti Bolognese,Mac and Cheese,Lasagna serta pelbagai pilihan air panas dan sejuk.



Illa makan Nasi Lemak Rendang Daging



Adik pulak makan Nasi Briyani Rendang Daging


Pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih di cafe coach C



Sesampai di Stesen KTM Arau,kami ambil kereta sewa dari Kereta Sewa MAJ Perlis  dan seterusnya check-in di Yanies Rest House yang lengkap dengan kemudahan seperti kawasan bbq,kolam renang,pantri surau serta kemudahan yang lain.Yang penting kebersihan swimming pool dijaga dan dibersihkan sebaik mungkin.



Sekitar kawasan Yanie's Rest House



Sekitar kawasan Yanie's Rest House waktu petang


Suasana bilik Sakura Family Room.Boleh menempatkan 4 orang.Bilik luas dan selesa


Sesudah check-in tak lengkap rasanya tak singgah makan petang di D' Kandis LAKSA Special pekena laksa Perlis.Kami makan laksa Perlis,crepe buah-buahan serta bingsu.



Fruit crepe D'Kandis LAKSA Special


Laksa Kuala Perlis D'Kandis LAKSA Special



Makan malam pulak,kami singgah makan di Ngulang Kopitiam SM .Kedai makan yang asalnya dari rumah dijadikan tempat makan dihiasi dengan ciri-ciri tradisional.Vibes ala-ala 80-an lah katakan.

Vibe di Ngulang Kopitiam SM ala2 8o an


Seterusnya kami ke Nat Malam Perlis di Laman Juwita berdekatan dengan stesen KTM Arau.Antara food festival yang berlangsung selama 3 hari dengan tema klasik tradisional 80-an.Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih.




Laman Juwita berdekatan di KTM Arau


Sekitar food festival di Laman Juwita Arau



Lepas dah siap shopping,kami terus balik semula ke roomstay kami.Esok sambung lagi story jalan-jalan di Perlis.

Bye-bye <3