Sunday, December 22, 2024

Jalan-jalan Vietnam Day 2 Mui Ne-Phang Rang-Nha Trang (Disember 2024)

 Xin chào (sin-cau) 🙋

Atau dalam bahasa Malaysia,hello.
Korang sihat arini?Harapnya sihat-sihat belaka.

Jom arini kita sambung jalan-jalan hari kedua di Vietnam.Selepas selesai berkemas dan bersiap,kami check-out dari hotel dan akan menuju ke Phang Rang serta seterusnya ke Nha Trang.Kami bersarapan di tempat makan malam kami sebelumya iaitu Restoran T'Halal Mui Ne.Kami menikmati nasi goreng pandan serta kopi susu.Dekat sini tak sah kalau korang tak order kopi Vietnam lagi-lagi kopi susu.Memang berbeza sedikit rasanya dari Malaysia.

Kalau korang perasan sepanjang berada di Mui Ne atau kawasan pantai serta sungai Vietnam yang lain,terdapat sampan bulat yang berbentuk seperti mangkuk.Dikisahkan dahulu terdapat raja yang meletakkan cukai kepada orang yang kaya dan miskin yang memiliki bot atau sampan.Memandangkan orang miskin menggunakan bot untuk mencari makan seharian dan tidak mampu membayar cukai,mereka membentuk bot mereka berbentuk bulat berbeza dari bentuk bot biasa tapi mempunyai fungsi yang sama.



Bot bulat Vietnam credit : Okezone Travel



Mak bergambar kenang-kenangan



Qli Hotel Mui Ne bye2



Sarapan pagi di T'Halal Restaurant



Nasi goreng pandan dengan kopi susu memang ngong 😋


Selepas selesai sarapan,kami seterusya menuju ke Dừa Xanh Coconut Mart .Dekat sini memang terkenal dengan penghasilan produk berasaskan buluh.Macam-macam produk yang dijual di sini termasuklah baju,bantal,ubat gigi,towel,towel rambut,syampu rambut,kain lap dapur,berus gigi,produk kesihatan,selimut,minyak terapi,baju dan macam-macam lagi lah.



Dua Xanh Coconut Mart


Sesi pengenalan produk



Proses pembuatan baju berasaskan buluh



Teh pandan dan kopi susu



Antara produk yang dijual di Dua Xanh Coconut Mart



Masa untuk membeli belah


Mencuba bantal yang dijual


Selepas selesai melontar di Dua Xanh Coconut Mart,kami meneruskan perjalanan menuju ke White Sand Dunes Bau Trang.Kami juga singgah sebentar di turbin angin yang terletak di Hoa Thang,Bac Binh untuk bergambar.



Penggunaan turbin angin yang digunakan di Hoa Thang untuk menjana elektrik
sekitar daerah Bac Binh




La Familia 💖


Selepas selesai bergambar di turbin angin,kami meneruskan perjalanan ke White Sand Dunes Bau Trang.Dekat Vietnam ni sendiri terdapat dua jenis padang pasir iaitu padang pasir merah dan padang pasir putih.



Kami tiba di White Sand Dunes Bau Trang



Menunggu naik jeep



Kalau duduk bahagian depan jeep memang tak terasa sangat
macam dekat belakang



Main slide pasir.Tak ingat berapa harga untuk sorang.



Mak dan abah 💖



Bergambar kenang-kenangan 💖



💕



🚗


Lepas selesai main slide pasir dan bergambar kami ke tempat seterusnya di tasik.



Kami menaiki jeep ke tempat seterusnya.Masa turun curam tu memang seram 😂



Bersantai dan bergambar di tepi tasik



😍


Selepas selesai bermain di padang pasir dan bergambar di sekitar tasik,kami ke kawasan utama untuk berehat.



Kalau duduk bahagian belakang jeep kena hati-hati.Kalau pakai topi make sure yang 
jenis bertali sebabnya takut terbang nanti.



Dekat sini pon ada kemudahan ATV



Always love 💖



💕



Alang-alang nampak roller-coaster manual.Memang wajib cuba hehe 😂



Rehat sebentar menikmati air tebu campur perahan limau sedikit


Selepas seharian kami di White Sand Dunes Bau Trang,kami menuju Restoran Halal Food Karim Phan Rang untuk solat zuhur dan menikmati makanan tengahari seperti sup labu air dan udang,ikan masak sos dengan cili mangga daun kemangi,telur dadar,sayur sawi,ayam rendang dan semestinya sambal belacan.Sambal belacan ni memang pihak restoran yang sediakan tau. 😋



Dekat sini pon disediakan kemudahan surau untuk solat



Antara restoran Halal yang ada di Phan Rang



Lauk makan tengahari kami


Selepas selesai solat zuhur dan makan tengahari,kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu ladang anggur Vuon Nho Ngoc Nga di Ninh Thuan.Dekat sini terdapat pelbagai produk berasaskan anggur dan makanan jeruk yang lain.Korang boleh jugak petik anggur sendiri untuk pembelian.




Mencuba tester seaweed campur kacang



Bersantai di ladang anggur



Tester air anggur serta buah-buahan kering dekat sini.Ada mangga kering,anggur garam,
buah bidara kering,seaweeds.



Anggur dekat sini boleh dipetik sendiri 



Masa ni tengah berbuah banyak



A & A
Aisyah & Anggur



Vườn Nho Ngọc Nga atau namanya Ladang Anggur Ngoc Nga


🍵



Antara hot seller produk baru dekat sini,belah kiri anggur garam.Rasa dier masam anggur kering tapi bersalut garam cili macam tu.Belah kanan pulak pure buah bidara kering



Selepas selesai santai dan shopping  di ladang anggur,kami meneruskan perjalanan menuju Hang Rai atau Rai Cave.Apa itu Hang Rai?Hang Rai atau Rai Cave merupakan batuan yang terbentuk secara semula jadi dan terbentuk seperti air terjun laut pada waktu tertentu.



Hang Rai



Menunggu menaiki buggy ke Hang Rai




Menaiki buggy menuju ke Hang Rai



Sekitar kawasan Hang Rai



💕


Pemandangan yang cantik 🌊



Dekat bahagian atas tu pon boleh mendaki jugak untuk view yang lebih lagi



Dekat sini nak naik dan turun kena menaiki tangga sedikit


Selepas selesai di Hang Rai,kami menuju sebentar di Vĩnh Hải untuk menikmati pemandangan dan menikmati air kelapa sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Nha Trang.



Pemandangan di Vinh Hai


Siblings 💞


Selepas selesai di Vinh Hai,kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Nha Trang.Selepas beberapa jam perjalanan,kami sampai di Nha Trang dan menuju ke Restoran Halal Food Karim Nha Trang untuk makan malam.



Restoran Halal Food Karim Nha Trang



Antara menu yang dihidang daging masak sos,sayur kacang dan sotong,
telur dadar,sup sayur,sayur tauge lobak merah dan sambal belacan



Antara menu killer makan malam kami,lobster 😋


Sedang kami menikmati makan malam,tiba-tiba lampu tertutup.Ingatkan black out takde elektrik.Rupanya suprise birthday untuk yang lahir pada bulan Disember.Happy birthday kepada semua yang lahir pada bulan Disember.



Suprise.Happy bornday untuk yang lahir bulan Disember 🎂



🍰



Pencuci mulut 😋


Selepas makan malam,kami check in di Moonlight Nha Trang Hotel.Memandangkan malam masih muda kami pusing dulu sekitar kawasan Nha Trang dan kawasan hotel.Terdapat kedai serbanika di sebelah hotel kami.Macam-macam barang yang dijual di sini termasuklah peralatan kopi Vietnam,keychain,barangan kraf tangan dan makanan ringan yang lain.Kalau nak cari makanan ringan yang halal tu ada cuma keropok yang di import dari Malaysia.



Kami menginap di Hotel Moon Light



Bilik kami bertiga



Kemas dan luas



Kawasan bilik air



Bilik air



View dari bilik kami



Sekitar kawasan hotel


Selepas selesai pusing di sekitar kawasan hotel,kami ke tingkat 14.Kalau tak explore kawasan sekeliling,bukan kami lah tu hehe.



Ada kolam renang di tingkat 14.Buka dari 6 pagi sehingga 8 malam



View dari tepi kolam renang



Bilik mandi selepas selesai berenang



Marilah bersenam di gym 💪



Haa start dah tu.Gaya je lebih haha 😂


Selepas puas explore sekeliling hotel,kami menuju ke bilik masing-masing untuk beristirehat dan tidur.Wajib simpan tenaga untuk hari esok sebabnya kita akan ke taman tema.Jumpa lagi nanti.


Bye-bye <3

No comments:

Post a Comment