Setelah sekian lamanya berhabuk blog ni, akhirnya arini Illa kongsi pengalaman berjalan Yong Peng aritu .Alkisah mak teringin benar nak makan nasi di Restoran Kambing 40 Hari Batu Pahat .Makanya sebagai anak bertanggungjawab lah untuk tempah homestay di sana walaupun satu malam,hehe.
Setelah cari dan terus mencari,Google dan terus Google akhirnya dapat satu rumah homestay yang mempunyai 2 bilik tidur dengan harga yang sangat berpatutan.Dalam RM150 semalam (dapat promosi tau). Homestay yang kami duduk ni namanya Homestay Che'gu Norma yang terletak di Yong Peng.
Rumah memang cantik dikelilingi hiasan siap tempat bersantai lagi2 di luar.Mana2 yang datang bersantai berjalan kat sini boleh ajak satu keluarga jamuan BBQ.Bukan setakat tu sahaja tau.Banyak kemudahan yang tuan rumah sediakan.Ada tempat masak,iron board dengan seterika (haaa tak perlu bawak iron lagi), peti sejuk,siap ada towel khas setiap katil.
Bilik pertama dengan dua katil single.Tuan rumah siap sediakan towel dengan toto lagi untuk tetamu yang ramai.
Bilik kedua katil double.Telekung dan sejadah pon tuan rumah sediakan tau
Nak gosok baju?Dah jangan risau tuan rumah siap sediakan sekali dengan iron board.
Hujan renyai2 pulak petang tu.
Taraa sampai pun Kedai Kopi Ikat Tepi.Mak macam biasa bergambar selfie itu perlu hehe ๐.
Tapi tak kisahlah yang penting datang nak suka2 aje.Kedai ni memang kemas dan simple.Susun atur pun cantik siap ada perhiasan lama lagi tau.Yang nak bergambar chill lepak2 dengan kawan serta nak makan2 mehlah datang sini.
Boleh cari alamat ni :
๐Kopi Ikat Tepi Batu Pahat
Parit Awang Darat, Kampung Parit Awang, 83700 Yong Peng, Johor
Kedai Kopi Ikat Tepi ni penuh dengan perhiasan lama yang antik.
Memandangkan dah datang kedai Kopi Ikat Tepi ni rugilah tak order kopi diorang.
Memang padu pekat kaw punya siap ikat tepi lagi sesuai dengan nama kedai.Yang tak suka minum kopi jangan risau ada pilihan minuman yang lain selain daripada kopi.
9.30 pagi
Pagi tu kami bersiap2 awal keluar dari homestay nak ke Restoran Kambing 40 Hari Batu Pahat .Ni tujuan utama kami nak ke Batu Pahat.Masa datang tu,ramai dah orang berbaris panjang nak order makanan.Memandangkan kami datang waktu pagi,ada dua barisan yang tuan kedai arahkan kepada pelanggan.Satu barisan untuk order roti canai,yelah sarapan pagi dan satu lagi barisan untuk makan nasi arab kambing atau ayam.
Haa sampai dah pon Restoran Kambing 40 Hari.Masa ni pon dah ramai orang tau.Masa ni kami datang hari Ahad.
Ada dua barisan.Kalau nak makan roti canai sahaja,kena berbaris bahagian roti canai.Kalau nak order nasi Arab,kena berbaris bahagian nasi Arab.Masa ni penting kena fikir dan beli siap2 nak bawak balik bungkus.Takdelah dua kali berbaris nak beli makanan.
Macam Illa sendiri order nasi Arab kambing.Portion memang banyak.Alang2 dah sampai wajiblah bungkus sebelum bawak balik ke rumah sendiri nanti.Kami tak terus balik tau,memandangkan ada satu tempat yang kami nak singgah.Nama tempat tu RBB Food Outlet Kerepek (AY Lia Food Marketing Sdn Bhd)
Macam-macam tau ada dekat sini.Ada pelbagai jenis kerepek,kuih raya,minuman,jeli kelapa,crepe durian pon ada,gula2 ada senang cerita macam-macam lah ada dekat sana.Illa macam biasa dengan keluarga tak sah kalau tak membeli alang2 dah sampai
Macam-macam tau ada dekat sini.Ada pelbagai jenis kerepek,kuih raya,minuman,jeli kelapa,crepe durian pon ada,gula2 ada senang cerita macam-macam lah ada dekat sana.Illa macam biasa dengan keluarga tak sah kalau tak membeli alang2 dah sampai
Mak macam biasa.Posing itu biasa.Adalah jugak gambar kenangan mak dah jejak Batu Pahat hehe
Lepas dah siap shopping semua,kami sekeluarga terus balik semula ke rumah kami.Home sweet home.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment