Sunday, February 11, 2024

Kondominium 228 Selayang


Unit berdekatan dengan Pasar Harian Selayang?
Berdekatan dengan SMK Selayang?

Assalamualaikum hai Illa nak memperkenalkan satu unit yang berdekatan dengan Pasar Harian Selayang serta SMK Selayang.Unit tepi atau end lot yang berkeluasan 1055 sqft mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air.Kalau ada saudara mara datang jangan risau ruang tamu boleh tempatkan ramai orang untuk berkumpul dan tidur.Yang paling best kabinet disediakan disini.

Untuk ruangan keselamatan pulak,Kondominium 228 mempunyai guard serta penjagaan 3 tier security sebelum ke rumah.Pertama sekali cek keselamatan di pondok guard sebelum masuk ke kawasan kondominium.Seterusnya gate sebelum masuk ke lif dan akhir sekali dalam lif sebelum ke tingkat kediaman masing-masing.Ruangan parking pulak ada 2 lot berdekatan dengan lif.Andai kata mak ayah saudara nak datang,disediakan jugak parking pelawat di bawah.




Kondominium 228 di Selayang


Ruang tamu yang luas


Kabinet dapur


Bilik utama



Bilik kedua



Kemudahan swimming pool dewasa dan kanak


Taman permainan kanak-kanak disediakan



Selain itu,terdapat juga kemudahan seperti mini market yang berdekatan,laundry,tadika,Pasaraya NSK,Selayang Mall,TESCO Extra Selayang serta kemudahan lain yang berdekatan dengan Kondominium 228 Selayang.

Haa nak tau lagi detail meh whatssap Illa di no 0133133020 atau tekan link ni tau 📱NAK TAU DETAIL KONDOMINIUM 228

Nak tengok tour lagi rumah Kondominium 228 meh tekan link video ni sampai habis.
Video Kondominium 228


Illa Aqilah
Yang bantu anda cari rumah
REN 42168

Thursday, February 01, 2024

Jalan-jalan Perlis 2024 Day 4 (Selasa)

Harini hari terakhir kami sebelum pulang ke Selangor.Kami singgah sarapan di Arau Kopi.Dekat sini pelbagai pilihan makanan dari pilihan nasi lemak,pek nga,sate,roti sangkaya,dim sum,roti gedik dan macam-macam lah.Jangan lupa cuba kopi Arau yang diisi dengan butter.Rasa lemak berkrim.Sarapan pagi dengan vibe pemandangan sawah memang menarik.


Pelbagai pilihan makanan sampai penuh satu meja 



Sate pon ada jual disini


Seterusnya kami makan tengahari di Nipah Klasik.Dekat sini ada pelbagai aktiviti air seperti naik bot kecik.Pilihan makanan pulak ada beragam.Kami order laksa telur sarang dan udang sanggul.Tak sah kalau tak cuba air nira nipah sejuk-sejuk dekat sini.



Sekitar kawasan Nipah Klasik


Vibe di Nipah Klasik


Kami order laksa Perlis dan udang sanggul


Kami singgah solat dulu di Masjid Al Hidayah Kangar sebelum bertolak balik 4 petang.Selesai jalan-jalan di Perlis 4 hari 3 malam dekat sini.Memang seronok.Semoga ada rezeki jalan-jalan sini lagi.


 
Masjid Al Hidayah Kangar



Selamat tinggal Perlis.Nanti jumpa lagi.


Bye-bye <3