Friday, December 20, 2024

Jalan-jalan Vietnam Day 1 Ho Chi Minh-Dong Nai-Mui Ne (November 2024)


Bulan lalu,Illa dan sekeluarga berkesempatan berjalan-jalan bersama keluarga ke Vietnam 6 Negeri (Ho Chi Minh-Dong Nai-Mui Ne-Phang Rang-Dalat-Nha Trang).Kali ini Illa sekeluarga menggunakan pakej dari Kembara Sufi Travel & Tours. Seawal 3 pagi,kami bergerak menuju KLIA2 memandangkan flight kami dalam 9 pagi.Kami berkumpul di hadapan Din Tai Fung untuk diberi taklimat.Selepas selesai taklimat dari team Kembara Sufi, kami sarapan dulu mengisi tenaga sebelum berlepas ke Vietnam.




Layan dulu mihun sup di pagi hari



Bergambar sekali dengan geng trip ke Vietnam.Cari dimanakah Illa?hehe 😂



Muka bahagia emak.Sukalah tu hehe 😂



Kami menuju ke gate untuk tunggu sebelum berlepas



Kami menaiki flight Airasia menuju ke Ho Chi Minh City



Bergerak menuju ke dalam kapal terbang


Kami berlepas menuju ke Vietnam pada 9 pagi.Perjalanan kami mengambil masa 2 jam.Selepas selesai 2 jam perjalanan,kami selamat tiba di Tan Son Nhat  International Airport di Ho Chi Minh.Masa di Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia.Kami tiba di lapangan terbang sekitar 11 pagi (12 tengahari waktu Malaysia).



Kami beratur di kawasan imigresen



Selepas selesai amik luggage kami menuju ke bas kami



Bergerak menuju ke tempat lawatan pertama kami



Selfie sekeluarga 💖



Selfie dari kami 😘


Kami diberi briefing oleh tour leader kami dari Kembara Sufi iaitu Aunty Zarina dan tour leader Vietnam kami,iaitu Yuni tapi mampu berbahasa Indonesia sepanjang lawatan kami di Vietnam.Sim card juga diuruskan pihak agensi untuk penggunaan internet sepanjang kami berada di Vietnam.Kami juga diberi tester longan kering dan gajus untuk tujuan pembelian bila pulang di Malaysia nanti.




Bersama tour guide kami sepanjang berada di Vietnam,Yuni



Tester longan kering dengan gajus.Sedap 😋


Selepas selesai isi luggage di dalam bas,kami bergerak menuju ke tempat lawatan pertama kami di 100 Years Post Office di bandar Ho Chi Minh.Untuk pengetahuan korang Vietnam terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Vietnam utara (Hanoi,Ha Long Bay,Sa Pa,Ninh Binh), Vietnam tengah (Da Nang,Binh Dinh,Nha Trang) dan Vietnam selatan (Ho Chi Minh,Mui Ne,Phu Quoc,Dalat,Dong Nai)

Kami tiba di tempat lawatan kami yang pertama.Pejabat pos ni dibina sekitar tahun 1886 sehingga 1891 semasa Vietnam menjadi sebahagian dari Perancis dan Indochina serta dibina mengikut pengaruh Perancis,Renaissance dan Gothic.Dekat sini jugak,korang boleh kirim poskad kepada yang tersayang,emak ayah,pakcik makcik saudara kawan sahabat tau dan anggaran dalam 2 minggu tu sampai nanti.Nak kirim dekat diri sendiri pon boleh tau.Tahu-tahu sampai Malaysia dapat poskad misteri,musykil siapa yang hantar lah baru teringat diri sendiri yang kirim,hehe. 😂




Sekitar 100 Years Post Office



Hadapan 100 Post Office



Pejabat office memiliki pengaruh binaan dari Perancis,Renaissance dan juga Gothic



💖



Mak dan abah 💕



Mak,abah dan Ecah



Senibina dalaman



Boleh beli poskad barang kraf tangan dekat sini



Patung kraf tangan Vietnam pon ada jual di sini



Dekat sini pon ada pengangkutan Mex Buggy Saigon yang boleh pusing
sekeliling bandar Ho Chi Minh


Selepas selesai berjalan di pejabat pos,kami menuju ke perkampungan muslim di Xuan Loc,Dong Nai.Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah untuk sampai dan seterusnya kami makan tengahari di sana.Kami tiba Quan Com A Ly antara restoran makanan Halal yang diwarisi keluarga di Xuan Loc.Dekat sini kami menikmati makanan seperti sup tulang,udang,ikan masak sos,ayam rendang dan sayur rebus.Sup tulang dier memang sedap bak kata orang Vietnam memang 'ngong' .😋 Dekat sini jugak korang boleh order kopi Vietnam ais,teh o ais,teh ais lebih kurang sama macam dekat Malaysia.




Sebelum sampai di Dong Nai,kami akan melalui satu terowong di bawah sungai.Sungai ni merupakan salah satu hidroelektrik yang menjana elektrik di Vietnam.




Restoran halal di Dong Nai



🍽



Selfie dulu sebelum makan 🍽



Sup tulang tu memang menu killer dekat sini.Nak lagi sedap tambah dengan sambal 
cili kering dari Vietnam 😋




Selepas makan.Alhamdullilah 


Selepas selesai makan tengahari,kami menuju ke Masjid Noorul Ehsan antara masjid yang terbesar di Vietnam untuk menunaikan solat Zuhur.Dekat sini memang ramai bangsa Melayu Champa.Korang boleh jugak berikan ole-ole atau gula-gula kepada kanak-kanak dekat sini.




Bergambar di hadapan gerbang masjid



Bersama anak-anak Muslim Champa



Bye2 dik.Nanti jumpa lagi 


Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Mui Ne.Apa maksud di sebalik kata Mui Ne.Mui Ne bermaksud lari dari badai yang melanda.Mui Ne memang terkenal dengan penanaman buah naga dan tempat pelancongan lagi-lagi orang dari Rusia.Dekat sini penanaman buah naga memang terkenal.Terdapat 3 jenis buah naga iaitu buah naga kulit merah isi merah,kulit merah isi putih dan paling mahal sekali kulit kuning isi putih.Penanaman juga berbeza dari Malaysia tau.Orang Vietnam akan pasang lampu pada waktu malam untuk mempercepatkan proses tumbesaran buah-buahan dan buah tersebut kebanyakannya di eksport ke China.Korang boleh nampak ladang buah naga di pasang lampu sepanjang jalan pada waktu malam.


Kebanyakan orang Rusia akan turun di Mui Ne untuk bercuti lari dari musim sejuk di Rusia.Korang jangan pelik kalau sepanjang Mui Ne,korang nampak papan tanda bahasa Rusia di Mui Ne.Tapi sekarang mengikut kata Yuni,kebanyakan orang Korea yang datang bercuti di sini.



Sepanjang jalan di Mui Ne


Kami tiba dan menginap di Qli Hotel Mui Ne .Dekat sini lengkap dengan pelbagai kemudahan lagi-lagi
kolam renang dan lain-lain.



Bilik Illa,emak dan Ecah



Bahagian pantry bilik kami



Nak memasak atau simpan makanan pon boleh dekat sini.Memang luas.



Toiletries juga disediakan di sini



Tandas pon bersih siap bidet lagi


Selepas siap check-in kami menuju ke pantai di sekitar Mui Ne untuk menikmati keindahan senja.Dekat sini memang terdapat pelbagai hotel untuk menginap.Kami berjalan melalui hotel yang berdekatan hotel kami.


Kami perlu menggunakan gelang melalui kawasan hotel yang lain untuk ke pantai



Laluan untuk ke pantai



Senja melabuhkan tirai.Dekat sini pukul 5.40 petang dah gelap.
Dekat Malaysia dalam 6.40 petang.



Suasana di pantai Mui Ne


Selepas selesai berjalan dan menikmati pemandangan di pantai Mui Ne,kami menuju pulang ke hotel untuk berehat dan bersiap untuk makan malam.Kami menikmati makan malam di T'HaLal Restaurant Mũi Né .Ada sup sayur,sayur rebus,ikan sambal,buah naga dan rendang ayam.



Makan malam di T'Halal Restaurant Mui Ne



Makan malam bersama



Kebanyakan lauk Vietnam memang terdapat 2 jenis sayur dalam masakan diorang.
Sup sayur dan lauk sayur antara direbus atau dicelur.




Malam tu kami sambut birthday kak Sumi salah sorang kawan trip kami di Vietnam
Happy bornday kak Sumi 💖🎂



Selepas selesai makan malam kami singgah minum air susu mangga berdekatan dengan restoran makan malam kami.Rasa dia memang sedap dan tak terlalu manis.Just nice.Dekat Vietnam kalau korang perasan kebanyakan kafe atau kedai makan memang menyediakan kerusi dan meja bersaiz kecil.Sebab apa.Sebabnya kebanyakan saiz badan orang Vietnam memang kecil-kecil orangnya.



Masing-masing menunggu turn untuk membeli.



Memang 'ngong' 😋



Menunggu turn membeli.Ada jugak jus buah-buahan yang lain selain buah mangga


Selepas selesai membeli kami singgah pula kedai buah-buahan di sini.Ada buah bidara yang bersaiz besar yang di jual di sini.



Sesi membeli bermula


Selepas selesai membeli di kedai buah-buahan kami terus menuju ke hotel.Kami tidak kemana-mana malam tu memandangkan esok pagi penuh dengan aktiviti.Jumpa lagi blog seterusnya.


Bye-bye <3

No comments:

Post a Comment