Pernah tak korang tengok cerita terkenal dari Indonesia,Layangan Putus pada minit 5:33
'Its my dream mas,not her'
Impian isterinya ke Cappadocia,haa disini lah tempatnya.
Harini merupakan hari ke 6 kami di Turki dan di Cappadocia.Dekat sini kami diberi pilihan untuk melakukan aktiviti tambahan seperti :
Darwish show (USD 35/RM 160 untuk seorang)
Picture credit to Wander Lush
Hot air ballon (USD 250/ RM 1100 untuk seorang)
Zelve Mapping Show (USD 60/ RM263 untuk seorang)
Jeep Safari (USD 90/RM 395 untuk seorang minimum 4 orang untuk 1 jeep)
Credit picture to Klook.com
Harga aktiviti tambahan semua aktiviti di atas mengikut USD pada tahun 2022.
Sarapan di pagi hari
Selepas selesai sarapan,kami menuju ke Vallée de Pasabag atau Lembah Pasabag yang terletak di Nevsehir.Lembah Pasabag juga dikenali sebagai Lembah Monks.Lembah ni terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Goreme dan merupakan salah satu tarikan paling popular di kawasan itu.Lembah ini terkenal dengan pembentukan batu luar biasa yang telah dibentuk oleh letusan gunung berapi serta hakisan selama beribu-ribu tahun.
Sekitar kawasan Pasabag Valley
Selepas bersantai-santai dan berehat di sini kami meneruskan lagi lawatan ke Hanem Art Center.Disini merupakan tempat pembuatan emas,perak,batu permata dan barang kemas.Disini kami dibawa ke sekitar kilang atau bengkel pembuatan barang kemas seperti batu permata.
.jpg)
Kami tiba di Hanem Art Center
.jpg)
Antara barang perhiasan yang dibuat disini
.jpg)
Sekitar kawasan Hanem Art Center
.jpg)
Sesi melihat harga dan barang perhiasan yang dijual
Selepas selesai membeli belah dan lawatan,kami menuju ke Çardak Saray Yeraltı Evi Underground Cıty .Kota bawah tanah yang terletak di Nevşehir.Disini terdapatnya kawasan penempatan yang berada di dalam tanah dan keadaan dalamnya memang sejuk walaupun pada musim panas.
.jpg)
Walaupun kami pergi musim panas tapi dalam ni memang sejuk
Sesi penerangan sebelum di bawa ke dalam
Sekitar kawasan dalam gua.Memang sejuk

Kawasan tempat tinggal Underground City of Cardac
.png)
Kawasan telaga air
Pigeon Hole
Ada jugak kawasan yang ditutup pada pengunjung kerana dalamnya
kawasan tersebut sekitar 1km
.png)
Pintu keluar
.jpg)
Selesai lawatan kami di sini
Selepas selesai lawatan kami disini,kami menuju ke Güvercinlik Vadisi atau Pigeon Valley.Lembah merpati dikatakan mendapat namanya kerana ukiran batu tuf di lembah yang dibentuk menjadi rumah untuk burung merpati.Burung merpati menjadi penting ketika dahulu kerana tahinya menjadi baja untuk tanah yang tidak subur.
.jpg)
Batuan yang dibentuk menjadi rumah untuk burung merpati
Sekitar kawasan Pigeon Valley
.jpg)
🍽
.jpg)
Makanan tengahari kami bersama lauk kambing.Tak tau masakan apa tapi sedap 😋
Selepas selesai makan tengahari,kami menuju ke Uçhisar Valley
Disini kami berjalan dan bergambar seketika.Dekat sini korang boleh naik untuk untuk berkunjung di sekitar Lembah Uçhisar.Kalau korang berminat nak naik unta sekitar lembah pon boleh.
Sekitar Uçhisar Valley
.jpg)
Laluan ke Paradise Valley Hiking Trail
📸 Emak dan abah
.jpg)
📸 Bersama acik Yati
.jpg)
💖
Selepas selesai bergambar dan berjalan di kawsan sekitar,kami meneruskan lagi lawatan ke Kilang Karpet.Disini setiap karpet dibuat menggunakan tangan.
Sesi penerangan mengenai karpet handmade
Sesi penjualan karpet
Pelbagai jenis karpet dijual di sini
Antara karpet paling unik dekat sini.
Karpet ni akan berubah warna bila kita lempar dari sudut yang berlainan
.jpg)
Proses pembuatan karpet menggunakan tangan
.jpg)
Antara karpet yang dijual
.jpg)
📸 Spot ootd
.jpg)
Kedai cenderahati
Selepas selesai di kilang karpet,kami menuju ke Imagination Valley yang mempunyai bentuk batuan berbentuk seperti unta untuk bergambar.
.jpg)
💖
Selepas selesai bergambar di Imagination Valley,kami menuju ke kilang pembuatan tembikar dan seramik.Disini kami mempelajari dan berpeluang untuk belajar cara membuat tembikar tanah liat di sini.
Sesi perkenalan bersama pemilik Hitit Seramik & Pottery.
Hanya menjadi pelancong berkenalan dan nikah bersama suaminya.
Moga hubungannya langgeng terus ya mbak 💖
Peserta diberi peluang untuk mencuba membuat tembikar

Tembikar yang belum dikeringkan dan dibakar
Antara keunikan kedai disini produk tembikar dan seramik dijual seperti
kawasan underground city
Selepas selesai menjelajah di Hitit Seramik & Pottery,kami pulang terus pulang ke hotel dan berehat.Seperti biasa kami menginap di hotel yang sama,iaitu Hotel Avrasya.

Pulang semula ke hotel
Memandangkan malam tu kami tiada aktiviti,kami bertiga pusing-pusing sekitar hotel.Kami menuju ke sebuah kedai Konak Seramik .Kami saja-saja mengintai di dalam kedai sehinggalah pemilik kedai sendiri memanggil kami masuk ke dalam.Pelbagai jenis produk seramik dan tembikar dijual disini dari cawan,pinggan,mangkuk,bekas makanan,perhiasan,produk kecantikan Turki,magnet,lampu dan lain-lain.
Sesi pusing keliling kedai
Antara produk yang dijual di sini,moon stone
Puas pusing kedai,kami minta izin pemilik untuk balik
Memang puas pusing kedai sini,pemilik pon peramah serta superb layanan kepada kami.Selepas selesai di Konak Seramik,kami menuju ke lobi chill bersama Gamze dan Jamal (geng tour leader kami sepanjang di Turki).
Selepas santai chill bergelak ketawa dengan Gamze dan Jamal,kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.Hari esok merupakan hari terakhir kami di Cappadocia sebelum kami bergerak menuju ke Bolu.Jumpa lagi di next blog.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment