Tuesday, November 05, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 6 Cappadocia-Ankara-Bolu (Ogos 2022)

Pagi tu kami bersarapan bersama sebelum meneruskan lagi perjalanan menuju ke Bolu.



🍽



Selamat tinggal Cappadocia.Semoga bertemu lagi.


Sebelum menuju ke Bolu,kami singgah sebentar di Tuz Golu (Salt Lake) yang terletak di Ankara.
Ketinggian tasik ni ialah 905m.Pada musim panas,air di tasik akan mengering serta penyejatan berlebihan dan mengakibatkan pembentukan lapisan garam kira-kira 30 cm.Tasik ni juga merupakan salah satu tasik paling masin di dunia kerana ketumpatan air bersamaan dengan 1-22.5 cm/gram ataupon nisbah garam anggaran dalam 32.4%.



Kami menuju ke Salt Lake



Sekitar kawasan Salt Lake



😂



Tuz Golu/Salt Lake



💖



💖


My lil family 💖



Selepas selesai berjalan di sekitar tasik,kami menuju ke bangunan utama



Ada keychain,barang perhiasan dan macam-macam lagi



Manisan pon ada jual disini



Antara produk yang famous dekat sini.Scrub serta sabun garam


Selepas selesai berjalan di sekitar Tuz Golu.Kami bergerak untuk makan tengahari.



Tak tahu makanan apa tapi rasa dia sedap macam campuran bawang putih,bawah merah dipotong diracik goreng masak sekali dengan ayam campur dengan campuran herba atau black pepper serta campur tomato dan cili.Haa camtulah rasanya.Panjang sangat nak describe rasa dia macam mana😂


Selepas selesai makan tengahari dan berehat,kami menuju ke Anitkabir (Atarturk's Mausoleum) (sebutannya Anitkabir Atarturk Mo-so-niyum) yang terletak di Ankara.Anitkabir ialah sebuah kompleks makan terletak di daerah Cankaya Ankra Turki dimana pengasas dan Presiden pertama Republik Turki,Mustafa Kemal Ataturk disemadikan.



Disambut dengan bunga Marigold yang mekar di pintu hadapan



Berjalan menuju ke Ataturk Mausoleum 



Anitkabir Ataturk Mausoleum



Beratur sebelum masuk muzium



Arca yang dibina sekitar dinding



Sekitar muzium terpampang gambar sejarawan Turki



Simulasi peperangan di Turki pada dahulu kala



Upacara perbarisan di luar Anitkabir


Selepas selesai lawatan di Atarturks Mausoleum,kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar berehat solat di RNR sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Bolu.




Bergerak menuju ke Bolu



Berhenti seketika di RNR.Membeli makanan sebelum check-in hotel






Kami tiba awal dan menginap di Karpalas City Hotel & Spa .Kami berehat disni untuk satu malam sebelum gerak esok ke tempat seterusnya.




Hotel Karpalas




Bilik kami bertiga



Superb 



Makan malam bersama team trip


Selepas makan malam,kami explore sekitar hotel di Bolu.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada seperti gym yang menghadap swimming pool,spa dan sauna.




Gym yang menghadap swimming pool - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa



Sauna - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa



Spa - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa

Selesai kami explore di sekitar hotel,kami terus pulang dan berehat di bilik.Dekat Bolu ni memang agak sejuk waktu malam.So macam biasa malam-malam sebelum tidur kami buat air panas dan makan-makan.Memandangkan sekitar hotel tiada kedai,kami sudah siap membeli di RNR sebelum sampai ke sini.



Cuaca di Bolu agak sejuk dan berkabus pada waktu malam


Selepas santai makan-makan dan berborak sekeluarga kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur sebelum meneruskan perjalanan esok hari menuju ke Istanbul.


Bye-bye <3

No comments:

Post a Comment