Monday, January 29, 2024

Jalan-jalan Perlis 2024 Day 3 (Isnin)

Seawal pagi lagi kami bangun bersiap pergi ke Wang Kelian View Point.Kat sini kalau nak tengok view cantik memang kena datang awal.Dekat sini seawal 6.30 pagi telah dibuka untuk pengunjung.


View waktu pagi di Wang Kelian View Point

Seterusnya kami bersarapan di sekitar Padang Besar.Kami makan roti canai,sarapan nasi lemak,miang kham dan pelbagai kuih mueh di Medan Selera Padang Besar di kedai no 4 (Gerai Sembang Kopi) dan no 5(Roti Canai Warisan).Pilihan memang beragam,harga pon murah-murah.Pukul 10 pagi barulah kami ke Padang Besar dan Waremart untuk membeli-belah.Banyak sangat pilihan sampai rambang mata nak pilih.


Sarapan pagi di Medan Selera Padang Besar.Rambang mata nak pilih.Memang sedap

Tempat wajib datang kalau ke Perlis


Selepas membeli-belah,kami ke Ladang Kenaf View Point.Kat sini boleh lihat kecantikan pokok  kenaf.Alang-alang dan sampai boleh bergambar ootd.Apa itu pokok kenaf?Haa kalau korang nak tau pokok kenaf atau nama saintifik dikenali sebagai Hibiscus cannabinus yang bertujuan untuk menghasilkan makanan ternakan,jualan benih,produk berasaskan fiber dari batang pokok kenaf dan lain-lain.


Tempat ootd wajib dekat sini


Next kami ke Kupi Kahfi di Bukit Tau.Menu yang disediakan kopi dan roti bakar serta beberapa pilihan yang lain.Nak vibes lepak dalam gua sambil menikmati kopi boleh datang sini tau.Lagi-lagi waktu petang.Boleh menikmati kopi sejuk atau kopi panas dalam kawasan gua yang dingin.


Sekitar kawasan Kupi Kahfi Bukit Tau 


Kopi tidak perlukan gula jika kamu di hadapanku.Cia Cia cia 😆


Antara pilihan menu roti yang ada di sini


Kopi sejuk di hari yang terik.Memang melegakan tekak


Makan tengahari pula kami singgah di Suri Masakan Warisan Melayu.Pelbagai jenis pilihan lauk yang ada.Ada masakan lauk kampung,pilihan sambal dan ulam,ikan dan ayam bakar serta lauk pauk yang lain.Make sure datang hari yang betul tau takut kedai tak bukak pulak aritu.


Kami makan lauk ayam masak merah,kuah masak lemak,ada kerang rebus.
Harga memang berpatutan sangat.



Setelah selesai makan kami singgah solat di Masjid Aladdin atau nama sebenar Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Design dan senibina bentuk masjid ni ala-ala kartun Aladdin tau.


Sekitar Masjid Aladdin


Aktiviti petang pula kami berjalan-jalan ke Kampung Warna-warni Kuala Perlis.Kalau bawak sekeluarga bersama ibu bapa boleh menaiki choley keliling seluruh kampung selama 40 minit.Tak penat berjalan mengelilingi kampung.


Naik choley pusing-pusing kampung



Ootd satu kali 📷


Spot wajib ootd di jambatan Kampung Warna-warni 📷




View dari Jambatan Warna-warni


Minum petang pula kami ke Pulau Ketam Kuala Perlis.Dekat sini ada sederet pilihan gerai makanan seperti laksa lemak udang lipan,laksa Perlis,makanan bergoreng,makanan Siam,makanan laut bakar seperti mentarang dan macam-macam lagi.Tak tau nak pilih yang mana.Yang bestnya kat sini view belakang sawah padi dan bahagian depan pula ada pantai.


View belakang sawah padi,depan pulak ada pantai


Malam pula kami singgah solat di masjid terapung di Kuala Perlis atau nama sebenar Masjid Al-Hussain.

Santai-santai sebelum masuk waktu Maghrib


Untuk makan malam pula memang tak sah kalau tak pekena ikan bakar di Kuala Perlis.Kami makan2 santai2 di Sabut Ikan Bakar Kuala Perlis dengan suasana makan di jeti.Pilihan makanan pulak memang beragam seperti siput sedut,pilihan ikan,sotong,pepahat,mentarang dan lain-lain lagi.Make sure datang hari yang betul tau sebabnya hari Rabu cuti.Kang datang tak pasal2 tutup.


View sekitar Sabut Ikan Bakar 


Pilihan makanan yang kami makan di Sabut Ikan Bakar

Kami order sotong celup tepung sekilo lebih,tomyam campur,ikan pari percik seekor,
mentarang bakar,telur dadar dengan kailan ikan masin.Harga memang berpatutan.
Yang paling recommend sekali ikan pari bakar percik,sos dari mentarang bakar dengan sotong celup tepung.Siap bungkus lagi bawak balik makan.hehe

Lepas siap makan,kami terus balik semula ke roomstay kami.Esok sambung lagi story jalan-jalan di Perlis yang merupakan hari terakhir kami dekat sini.

Bye-bye <3 

No comments:

Post a Comment