Selamat pagi nah bunga ⚘
Harini kami menuju ke destinasi terakhir sepanjang lawatan di Turki,iaitu Istanbul.Selepas selesai sarapan dan check out,kami terus bergerak menuju ke Istanbul.Selepas beberapa ketika dalam perjalanan,kami singgah sebentar di RNR Tem 76 yang terletak di Korfez.Dekat sini dijual dengan pelbagai jenis manisan,makanan serta ada coffee house.
Sarapan penambah tenaga
Singgah sebentar di RNR Tem76

Pelbagai jenis manisan yang dijual
.jpg)
Selamat tinggal Bolu
Briefing sebelum sampai Istanbul
.jpg)
600m sebelum simpang ke Istanbul
Kami tiba di Istanbul dan menuju ke Masjid Sultan Eyüp (Eyüp Sultan Camii) yang terletak di Istanbul.Masjid Sultan Eyüp merupakan sebuah masjid termasuk makam yang menandakan tempat di mana Ebu Eyüp el-Ansari (Abu Ayyup al-Ansari),pembawa panji dan sahabat nabi Muhammad dikatakan telah dikebumikan.
Berjalan menuju ke Masjid Sultan Eyüp

Berjalan menuju ke masjid

Sekitar kawasan masjid

Sekitar pintu gerbang masjid

Gamze memberi penerangan makam di sekitar masjid

Dinding di sekitar masjid.Memang cantik.

Makam Abu Ayyup al-Ansari

🐈

Emak dan acik Faridah

💖

Ikutkan nak amik gambar air pancut tapi tiba-tiba muncul adik kecil ni dengan berpakaian
tradisional Turki.Comel.
Persembahan di sekitar Masjid Sultan Eyüp
Selepas selesai urusan di sekitar Masjid Sultan Eyüp,kami menuju ke Saray Restaurant Istanbul untuk makan tengahari.Restoran betul-betul menghadap selat Bosphorus.
Berjalan menuju ke Saray Restaurant

Bosphorus Cruise

Laluan menuju restoran

View dari sekitar Selat Bosphorus
Makan-makan tengahari bersama
Selepas selesai makan tengahari kami menuju ke Ahi Çelebi Mosque untuk solat dan berehat seketika.Selepas selesai solat dan berehat seketika,kami menaiki cruise merentasi Selat Bosphorus.
Apa itu Selat Bosphorus.Ok jom imbas sejarah.Turki sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Turki Asia dan Turki Eropah atau dikenali sebagai negara Eurasia.Sebahagian besar wilayah Turki berada di wilayah Asia dan hanya sebahagian kecil sahaja di kawasan Eropah.Kawasan Turki yang berada di Turki Asia terletak di wilayah yang dikenali sebagai Anatolia,manakala bahagian Turki Eropah dikenali sebagai Trakia.
Istanbul merupakan kota terbesar di Turki menjadi dua benua bahagian Asia dan bahagian Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus.Kedua bahagian daratan Turki Asia dan Turki Eropah ni dihubungkan dengan jambatan yang dikenali sebagai jambatan Bosphorus.Maknanya sepanjang kami menaiki cruise kami merentasi Turki serta kawasan Eropah dalam waktu yang sama.

Solat dan berehat seketika di Masjid Ahi Celebi

Gamze dan Ecah

Gamze dan emak 💖
Bersedia naik cruise

Bersedia naik cruise merentasi selat Bosphorus

Kawasan tempat makan tengahari kami
Jom layan view sekitar
🙋
Selepas selesai menaiki cruise,kami menuju pula ke Spice Bazar.Dekat sini memang pelbagai barang yang dijual seperti baju,barang seramik,manisan,Turkish Delight,lokum,rempah ratus,barang kemas,produk kecantikan Turki,pelbagai jenis teh dan macam2 lagi lah.

Berjalan menuju ke Spice Bazaar

Waktu kami pergi ni memang ramai orang

Kami diberi briefing sebelum masuk ke kawasan bazar

Kami semua berjalan menuju ke kedai manisan

Kami membeli-belah di kedai Çikita

Sesi membeli-belah bermula

Sebenarnya kawasan ni besar.Confirm tak puas nak explore

Selepas selesai,kami berehat sebentar sebelum pergi ke destinasi seterusnya.
Selepas selesai berehat kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Taksim Square.Haa korang nak tau tak apa itu Taksim Square?
Taksim Square yang terletak di Beyoglu ni merupakan bahagian Turki Eropah.Dekat sini memang terkenal serta banyak tempat riadah,restoran,butik mewah serta kedai dan merupakan juga stesen pusat rangkaian di sekitar Istanbul.

Kami bergerak menuju ke Taksim Square

Masjid Taksim
Sekitar kawasan Taksim Square

Sekitar Taksim Square

Dekat sini banyak butik serta mall di kawasan sekitar
Pelbagai manisan ada disini.Dekat sini korang boleh minum dan makan di tingkat atas atau packing
untuk dijadikan ole-ole
Selepas seharian berjalan di sekitar Istanbul,kami bergerak ke Kebap House untuk makan malam.

Kami berjalan menuju ke restoran

Kebap House Istanbul

Selamat menjamu selera 🍽
Selepas selesai makan malam bersama,kami menuju ke Ramada Encore by Wyndham Istanbul Bayrampasa untuk check-in.
No comments:
Post a Comment