Sunday, November 03, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 4 Pamukkale-Konya-Cappadocia (Ogos 2022)

 
Selepas selesai rehat-rehat dan bersarapan,kami terus check out dan seterusnya menuju ke Cappadocia (sebutan Turki keppe-do-shia).



Pemandangan sekitar hotel di pagi hari



Sarapan 🍽



Meneruskan lagi perjalanan menuju Cappadocia


Kami bergerak menuju ke Bi Mola Anatolia Cafe & Bistro dekat sini dijual pelbagai jenis produk kraftangan Turki,keychain,baju,beg,produk kesihatan,makanan dari Turki.Kami mencuba salah satu makanan kesihatan yang dimakan orang Turki iaitu campuran yogurt,madu serta poppy seed atau biji kas kas (selalu digunakan dalam gulai atau kari untuk memekatkan kuah).


Bi Mola Anatolia


Makanan kesihatan campuran yogurt,madu dan poppy seeds atau biji kas kas



Sekitar Bi Mola Anatolia


Selepas selesai kami membeli belah,kami menuju makan tengahari di kawasan rehat Kirazlıbahçe Dinlenme Tesisi .Dekat sini lebih kurang macam RNR dekat tempat kita.


Bi Mola Anatolia





Makanan tengahari kami 🍽


Selepas selesai makan,kami menuju pula ke Mevlana Museum yang terletak di Konya.
Jom imbas sejarah disini.Mevlana Dergahi (Dervish Lodge) yang kini digunakan sebagai muzium dahulunya merupakan Taman Mawar Istana Seljuks dan diberikan hadiah kepada bapa Mevlana Sultanü'l-Ulema Bahaaeddin Veled oleh Sultan Alaeddin Keykubad.


Apabila Sultanü'l-Ulema mangkat pada 12 Januari 1231,baginda dimakamkan di kubur sekarang dan merupakan pengebumian pertama yang pernah diadakan di Taman Mawar.Selepas kemangkatan Sultanü'l-Ulema, rakan-rakan dan murid-muridnya mendekati Mevlana dan menyatakan hasrat mereka untuk membina makam di atas kuburnya. Mevlana menolak permintaan ini sambil berkata "Bagaimana mungkin ada makam yang lebih baik daripada langit itu sendiri?. Namun apabila dia meninggal dunia pada 17 Disember 1273, anaknya Sultan Veled menerima permintaan mereka yang ingin membina makam di atas kubur Mevlana. Makam itu dipanggil "Kubbe-i Hadra" (makam hijau) dibina oleh arkitek Bedrettin dari Tebriz dengan harga 130.000 dirhem (mata wang) Seljuk di atas empat kaki gajah (tiang tebal Selepas tarikh ini, aktiviti pembinaan tidak pernah berhenti dan diteruskan secara berperingkat-peringkat sehingga akhir abad ke-19.


Mevlevi Derhgahı (Dervish Lodge) dan makam mula berfungsi sebagai muzium pada tahun 1926 di bawah nama Konya Museum of Historical Works. Pada tahun 1954 corak paparan muzium itu sekali lagi diambil dan ia dinamakan semula sebagai Muzium Mevlevi.

Walaupun pada asalnya Muzium ini meliputi kawasan seluas 6.500m² bersama-sama dengan tamannya, dengan bahagian tersebut dirampas kemudian dan direka bentuk sebagai taman mawar, hari ini ia telah mencapai saiz 18.000m²

Halaman muzium dimasuki dari "Dervişan Kapısı" (Pintu Darwis). Terdapat sel darwis di sepanjang sisi utara dan barat halaman. Bahagian selatan, selepas Makam Matbah dan Hürrem Pasha, berakhir dengan pintu gerbang Hamuşan (Bibir Tertutup) yang membuka ke perkuburan Üçler. Di sebelah timur halaman terdapat makam Sinan Pasha, Fatma Hatun dan Hasan Pasha, Samahane (Dewan Solat Ritual) di sebelah mereka dan bahagian masjid kecil (mesjidt) dan bangunan utama tempat kubur Mevlana dan ahli keluarganya juga ditempatkan.

Halaman ini diberi rasa istimewa dengan air pancut berbumbung (şadırvan) yang dibina oleh Sultan Yavuz Sultan Selim pada tahun 1512 dan kolam "Şeb-i Arus" (bermaksud malam perkahwinan atau malam Mevlana meninggal dunia) dan air pancut yang terletak di bahagian utara mahkamah dan dipanggil Selsebil.





Mevlana Museum



Sekitar pemakaman di luar Muzium Mevlana yang dihiasi dengan bunga mawar


Sebenarnya ada cara lain jugak untuk korang fahami sejarah Mevlana Museum ni melalui maya.Boleh sahaja tekan link dibawah korang boleh view 360 darjah di dalam Muzium Mevlana.


Tekan link kat sini → Mevlana Museum in 360 view




Bila dah masuk link 360 view keluar macam ni,tekan Kapat atau tutup



Keluar 'Ses acilsin mi? (perlu ke suara dikuatkan)
Evet (Ya) atau Hayir (Tidak)
Terpulang pada korang nak tekan mana-mana sebabnya sepanjang view 360 ni memang ada 
music instruments



Bila dah keluar macam ni nak tutup sound boleh sahaja tekan simbol sound atas bahagian kiri.
Untuk view 360 dalam kawasan muzium korang tekan simbol box hujung bawah bahagian (36 Gorunum).Pilih sahaja mana2 kawasan yang korang nak tengok.
Simbol sebelah VR (view untuk kawasan sekitar Muzium Mevlana)


Selamat mencuba 👌




Menarilah dan terus tertawa,walau dunia tak seindah surga
Haaa nyanyi ke tu 😂
📸Pose istimewa dari acik Siti dan emak



Selepas selesai seharian melawat Mevlana Museum,kami menuju pula ke Sultanhani Caravanserai.Sebelum itu apa maksud Sultanhani Caravanserai.Caravanserai mengikut bahasa Persia bermaksud penginapan yang berada di jalan tepi besar di kawasan luar kota. 
Sultanhan(nama bangunan tersebut) ialah karavanserai Seljuk abad ke-13 yang besar di bandar Sultanhanı, Wilayah Aksaray. Ia adalah salah satu daripada tiga karavanserais besar di wilayah itu, kira-kira 40 km (25 batu) barat Aksaray di jalan ke Konya. Struktur berkubu itu dibina pada 1229 semasa pemerintahan sultan Seljuk Kayqubad I (yang memerintah antara 1220 dan 1237) oleh arkitek Syria Muhammad ibn Khalwan al-Dimashqi (Dimashqi bermaksud "dari Damsyik") di sepanjang Uzun Yolu (atau "panjang. jalan”) laluan perdagangan, yang berjalan dari Konya ke Aksaray dan terus ke Parsi.

Selepas sebahagiannya dimusnahkan oleh api, Sultanhan telah dipulihkan dan dilanjutkan pada 1278 oleh gabenor Seraceddin Ahmed Kerimeddin bin El Hasan semasa pemerintahan Sultan Kaykhusraw III. Ia menjadi karavanserai terbesar di Turki dan masih merupakan salah satu contoh terbaik seni bina Anatolia Seljuk.



Sultanhani Caravanserai



Sekitar Sultanhani Caravanserai



📸 Emak dan abah

Setelah selesai melawat sekitar Sultanhani Caravanserai,kami berehat seketika di Sultan Cafe Restaurant betul-betul berhadapan dengan Sultanhani Caravanserai sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Cappadocia.



📸



Beli roti di Sultan Cafe Restaurant.
Rasa dia lebih kurang macam roti canai pon ada,roti prata pon ada.



Senja melabuhkan tirai.Kami menuju terus ke Cappadocia



Selamat sampai di lobi Hotel Avrasya Cappadocia



Selepas selesai check in,kami makan malam bersama berkumpulan di restoran hotel.


Selepas selesai makan malam,kami terus berehat dan tidur di bilik memandangkan hari esok merupakan hari yang padat dengan aktiviti serta lawatan di Cappadocia.



Bye-bye <3

No comments:

Post a Comment