Wednesday, December 25, 2024

Jalan-jalan Vietnam Day 4 Dalat (Disember 2024)

Pagi ni dimulakan dengan sepinggan nasi lemak ayam goreng sebelum memulakan aktiviti.Kami menikmati sarapan pagi di Restoran Halal Food Hajah Hawa Da Lat.Pagi ni kami meneruskan aktiviti di Puppy Farm Da Lat.Kenapa Puppy?Walaupon namanya Puppy Farm tapi kawasan muslim friendly.Dekat sini terdapat pelbagai jenis bunga-bunga yang berkembang mekar dan segar.



Sarapan nasi lemak ayam goreng






Tiba di Puppy Farm 1



Puppy Farm ni terbahagi kepada 2 bahagian,Puppy Farm 1 dan Puppy Farm 2


Dekat sini jugak ada jualan kraf tangan,cenderahati keychain serta pelbagai lagi.Kalau korang nak membeli memang recommended.



Korang boleh cari abang ni dekat Puppy Farm



Kalau borong banyak boleh nego harga lagi.Memang berpatutan.



Dekat sini banyak bunga-bunga yang tumbuh mekar



๐ŸŒธ๐ŸŒท๐ŸŒน๐ŸŒบ๐ŸŒป



Mak dan abah ๐Ÿ’–


๐Ÿ’•



Family ๐Ÿ’“


Kalau korang datang Puppy Farm,rugi tak main slide.Dekat sini korang boleh main berulang kali jangan risau.Krew diorang pon melayan je tau.Kitaorang sampai ulang banyak kali sebabnya memang best sampai krew pon tergelak.Lagi pulak pagi tu tak ramai orang dan kami main masa hari biasa.



Nak main banyak kali pon boleh jangan risau.

Oh ada satu lagi kalau korang berminat nak buat video menggunakan drone,dekat sini pon ada servis tu.Kena bayar dalam 200,000 Vietnam Dong kira-kira dalam RM36 camtu untuk satu video.Kita boleh simpan untuk kenang-kenangan.



Ni raw video yang kitaorang dapat.Memang dah siap lagu dan edit


Kalau korang nak main slide berulang kali tapi penat nak menaiki tangga,dekat sebelah bawah slide tu ada servis buggy bawak korang terus ke bahagian slide tu.Naiklah banyak kali pon takpe.



Spot ootd bergambar sekeluarga memang banyak dekat sini


Dekat sini jugak ada mini zoo.Ada unta,alpaca,hamster,kambing,kuda padi yang boleh korang bagi makan.



Kandang kambing di Puppy Farm



Ni dikatakan senyum kambing atau kambing tersenyum ๐Ÿ˜‚



Bila mata bertentang mata ๐Ÿ˜‚



๐Ÿ’“



Nak bagi makan haiwan dekat sini pon boleh


Selepas selesai di Puppy Farm 1,kami menuju pula di Puppy Farm 2.Dekat sini khas untuk pelbagai jenis sayur-sayuran,buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan ditanam di sini.Nak petik buah strawberi pon boleh dekat sini.Untuk pengetahuan korang,antara tempat yang sedap untuk kopi Vietnam semestinya di Dalat kerana dekat sini terkenal dengan penanaman pokok kopi.



Puppy Farm 2



Kawasan dekat sini memang luas



Ada tanaman pokok ceri



๐Ÿ’“


Tanaman kaktus pon ada dijual dekat sini



Buah-buahan pon ada dekat kaunter ni



Sayur labu


Pokok cili pon ada di sini



Sayur-sayuran segar


Selepas selesai lawatan di Puppy Farm,kami menuju pula ke Love Of Valley (Lembah Cinta).
Sebenarnya terdapat satu kisah menarik mengenai Da Lat.Dikisahkan dahulu ada seorang pembantu rumah yang cantik bernama H'Biang yang dilahirkan dalam keluarga Penghulu Cil.Suatu hari,semasa H'Biang memetik cendawan di dalam hutan,dia diserang serigala.Mujur seorang lelaki K'Lang yang merupakan anak Penghulu Lach terserempak dan berusaha untuk menyelamatkan H'Biang.Mereka kemudian  jatuh cinta.

Walau bagaimanapun,kedua-dua suku Cil dan Lach adalah musuh dan cinta anak-anak mereka tidak mendapat restu.Demi mempertahankan cinta mereka,mereka memutuskan untuk melarikan diri dari puak mereka dan tinggal di gunung yang tinggi.Apabila H'Biang jatuh sakit tenat,K'Lang memutuskan untuk membawanya  pulang ke dusunnya namun penduduk kampung menyerang mereka.H'Biang menyelamatkan K'Lang daripada terkena anak panah dan meninggal dunia.Kematian H'Biang menyebabkan sakit yang mendalam kepada K'Lang dan menyebabkan dia membawa diri ke gunung tempat mereka tinggal dan membunuh diri.

Selepas kematian pasangan itu,kedua-dua puak itu sangat menyesali dengan apa yang mereka lakukan sehingga memutuskan untuk melupakan kebencian dan menggabungkan puak tersebut menjadi satu kumpulan etnik bernama Co Ho.Bagi memperingati pasangan tersebut,gunung tempat mereka tinggal dinamakan Lang Biang  dan sungai yang mengalir dari  gunung itu dinamakan Da Nhim,yang bermaksud 'air mata' dalam bahasa Co Ho.



Kami tiba di Love of Valley


Apa itu Love Valley?

Semasa zaman Perancis di Dalat,tempat ni merupakan lembah yang sangat romantis dan mereka menamakan sebagai Valley of Love atau Valley d'Amour dan menjadi tempat dating bagi pasangan Perancis.Dari tahun 1949 hingga 1954,semasa pemerintahan Maharaja Bao Dai di Da Lat,tuanku menamakan semula lembah tersebut dengan nama baru,Lembah Hoa Binh.


Selepas  Raja Bao Dai pergi ke Perancis pada tahun 1956,pengerusi Bandar Da Lat,Nguyen Vy mencadangkan semula dan menamakan Lembah Hoa Binh menjadi Lembah Cinta/Love Valley sehingga ke hari ini.



La Familia ๐Ÿ’•


๐Ÿ“ธ


Sekitar kawasan Love Of  Valley



๐Ÿ’–


Landskap pokok ala Te Fiti (dari filem Moana)



๐Ÿ“ธ



Berjalan ke sekitar Love Valley



Kami ke tempat seterusnya.Dekat sini banyak arca dari setiap negara



Dekat sini ada juga arca mini Paris


Arca De Triomphe De Paris


Arca Sphinx of  Hatshepsut


Arca Merlion Singapura


Arca Kuil Artemis Turkiye

Dah alang-alang dekat sini jangan lupa untuk mencuba aiskrim.Ada pelbagai pilihan aiskrim dekat sini antaranya green tea,durian,strawberi,avocado mangga,buah pic serta avocado durian.



Harga aiskrim dekat sini anggaran dalam 38,000 Vietnam Dong (RM 6.71) sampai paling mahal dalam 45,000 Vietnam Dong (RM 7.94)



Kiri aiskrim avocado durian & belah kanan avocado.Memang recommended ๐Ÿฆ



First time beli dan rasa air mineral tapi ada hint rasa tebu

Seterusnya kami menaiki buggy menuju ke Wax Museum.dekat sini terdapat pelbagai jenis patung wax selebriti.



Menuju ke Wax Museum



Wax Museum


Jackie Chan & Bruce Lee


Mr Bean ๐Ÿ˜‚ & Albert Eistein


 
Lionel Messi & Usain Bolt



Selesai berjalan di sekitar Love Valley


Selepas selesai jalan-jalan di Love of Valley kami menuju ke Sarah Restaurant Dalat untuk makan tengahari.



Sarah Restaurant Dalat



Menu makanan tengahari kami sayur goreng,ayam black pepper,telur dadar,sup sayur dan
ikan siakap sweet sour


Selepas selesai makan tengahari kami pulang semula ke hotel untuk solat Zuhur dan berehat.Anggaran pukul 2 petang kami menuju pula ke Air Terjun Datanla .



Kami tiba di Datanla Waterfall



Beratur menunggu turn naik roller coaster



Happy faces ๐Ÿ˜


Datanla Waterfall



๐Ÿ’–


๐Ÿ“ท



๐Ÿ˜‚



Beratur menunggu naik roller coaster untuk turun ke Datanla Waterfall


Selepas selesai di Datanla Waterfall,kami menuju pula ke Clay Tunnel.Clay Tunnel Dalat merupakan salah satu Terowong Tanah Liat yang terkenal di Vietnam dan dibina pada tahun 2010 dan dibina kira-kira 1.2 kilometer.Dekat sini korang akan tengok pelbagai jenis arca patung haiwan seperti monyet,gajah,katak,kapal terbang,kereta api Da Lat,Kolej Pedagogi Da Lat dan pelbagai lagi.



Clay Tunnel



Peta sekitar Clay Tunnel



Berjalan sekitar Clay Tunnel



๐Ÿ“ธ



Arca Keretapi Da Lat







๐Ÿ“ท


Gaya mutu keunggulan ๐Ÿ˜‚



Nak pergi mana tu Ecah ๐Ÿ˜‚



Dikapit dua aweks yang manis. ๐Ÿ˜˜
Kalau korang nak sewa baju tradisonal orang asli ni boleh dekat sini



Spot ootd yang viral dekat sini ๐Ÿ“ธ



Rumah yang diperbuat dari tanah basaltik merah yang terdiri dari mineral oksida dan juga sesuai untuk tujuan pertanian



๐ŸŽ



Arca ayam,minuman serta makanan di bahagian pintu keluar



๐Ÿš—


Selepas seharian di Clay Tunnel,kami menuju pula kedai Fay Sol.Dekat sini terdapat pelbagai jenis telekung dari dewasa sampai kanak-kanak,tudung,shawl,baju kurung,t-shirt lelaki,baju kemeja lelaki dan lain-lain lagi.


Fay Sol Dalat



Sesi membeli-belah

Selepas membeli-belah,kami menuju pula ke Restoran Halal Food Dalat Hajah Hawa untuk menikmati makan malam.



Makan malam kami di restoran yang sama waktu sarapan



Menu makan malam kami ada tomyam,telur dadar,sayur kangkung,ayam masak kicap dan ikan siakap stim limau dengan mangga

Selepas makan malam,kami menuju ke hotel kami.Malam tu,kami tidak kemana-mana dan berehat tidur sahaja di dalam bilik memandangkan keesokkannya akan berjalan jauh lagi menuju ke bandar Ho Chi Minh.Jumpa di blog seterusnya.

Bye-bye <3

No comments:

Post a Comment