Thursday, October 31, 2024

Jalan-Jalan Turkiye Day 3 Kusadasi-Pamukkale (Ogos 2022)

Selamat pagi.Harini merupakan hari keempat di Turkiye dan kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Pamukkale.Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan.Dekat sini ada pelbagai jenis pilihan makanan dari roti,makanan serta pilihan air.



Pelbagai pilihan makanan yang disediakan


Nak breakfast dengan omelette pon boleh


🍴


Pagi tu kami menuju ke Baggio Rossini The Leather yang terletak di Selçuk,Izmir yang terkenal dalam penghasilan industri produk seperti jaket kulit.Dekat sini bukan sahaja dijual produk jaket kulit tetapi pelbagai perhiasan seperti handbag mewah berjenama serta dompet.Kami ditempatkan di dalam bahagian runway untuk pertunjukan fashion show.Dekat sini diberi peluang untuk menikmati serta ikut sekali fashion show bersama model Rossini.Setiap peragaan jaket diberikan tag untuk memastikan penonton membuat pilihan jaket yang diinginkan.




Baggio Rossini The Leather



Kami dijemput untuk sesi fashion show Rossini



Sesi fashion show dari model Rossini



Sesi fashion show model Rossini dengan peserta



💃



Bersama owner Rossini


Selepas selesai sesi peragaan,kami diberi peluang untuk melawat sekitar kawasan butik.Terdapat pelbagai jaket berkualiti tinggi termasuklah jaket yang khas direka iaitu reversible jacket (jacket yang boleh digunakan dua2 bahagian untuk musim panas dan musim sejuk)




Sesi membeli-belah bermula



Gaya mutu keunggulan 😂



Bye-bye Rossini


Selepas selesai membeli-belah di Rossini,kami menuju je ke Isa Bey Cami (sebutannya Isa Bey Jami).Menurut sejarah masjid ni telah siap dibina pada tahun 1375.Masjid ni diilhamkan daripada Masjid Umayyah di Damsyik serta Masjid Harran dan Masjid Diyarbakir di Turkiye.Pelan asal masjid ni berbeza daripada Masjid Seljuk dan Masjid Uthmaniyyah.Masjid ni mempunyai dua bahagian tengah yang selari dengan dinding mihrab.Bahagian utara masjid pula terdapat halaman dengan serambi pada tiga sisi asalnya dan di tengahnya terdapat mata air untuk berwuduk.Kebanyakan senibina masjid di sini dihiasai dengan marble kerana ekonomi utama Turkiye adalah marble yang di eksport  ke Italy/Eropah.Antara marble yang termahal dari dunia yang pernah di import oleh Sultan ke Turkiye adalah marble berwarna kuning dan hanya terdapat di Mesir sahaja.



Sekitar Masjid Isa Bey



Pintu masuk Masjid Isa Bey


Senibina Masjid Isa Bey yang cantik


Perkarangan Masjid Isa Bey



Dalam Masjid Isa Bey



Satu selfie dari mak 📸



Walaupun kami pergi musim panas,bunga dekat sini tumbuh mekar cantik


Selepas selesai lawatan di Isa Bey Jami,kami menuju ke Kafkasli Lokum Turkish Delight Factory 
yang terletak di Selçuk.Pelbagai jenis manisan,minuman,barangan kesihatan kecantikan yang terjual dekat sini.


Tiba di Kafkasli Lokum Turkish Delight Factory



Sesi pengenalan produk dari Kafkasli



Produk kesihatan seakan Vapor Rub


Sesi membeli-belah di Kafkasli


Selesai membeli belah di Kafskali Lokum,kami berehat sebentar makan tengahari di Ephesus Hitit Hotel Restaurant. Disini terdapat pelbagai jenis makanan.


Ephesus Hitit Hotel Restaurant



Sekitar Ephesus Hitit Hotel Restaurant


Selamat menjamu selera 🍽



Sesi membeli buah tin 


Selepas selesai makan tengahari,kami sambung membeli belah di Valor Tekstil yang terletak di Pamukkale.Dekat sini terjual pelbagai jenis barangan seperti cadar,towel,tikar,sejadah,luggage,baju dan lain-lain.



Kami tiba di Valor Tekstil



Sekitar kawasan Varol Tekstil


Setelah selesai membeli-belah kami di bawa ke salah satu tapak warisan Unesco,Hierapolis kawasan kolam air panas.




Selamat sampai di Hierapolis Pamukkale


Beratur menunggu masuk ke Hierapolis



Menunggu masuk ke Hierapolis 


Kami bergerak ke Antik Tiyatro Hierapolis menggunakan shuttle



Antik Tiyatro Hierapolis atau Teater Purba Hierapolis digunakan pada zaman dahulu


Apa itu Hierapolis? Menurut sejarah Hierapolis telah wujud ketika zaman empayar Rom dan menjadi salah satu tapak pusat kesihatan.Dulu beribu-ribu orang datang ke tempat mandi disini dimana terdapat lebih punca air panas yang menjadi perubatan terutamanya pada bahagian kulit.




📸


Seterusnya kami menuju ke Travertines of Pamukkale atau nama lain Cotton Castles.
Nama Travertine berasal daripada "Tivertino",nama dari Rom Tivoli dimana terletaknya deposit travertine besar yang terletak di Itali. Travertine ialah batuan yang dibentuk oleh pendakan hasil daripada tindak balas kimia disebabkan oleh pelbagai sebab dan persekitaran.



Travertines of Pamukkale atau Cotton Castles



Mak dan abah 📸



Acik Siti dengan akak polis Turki yang manis tinggi lampai.
Terima kasih kerana melayan karenah kami 😂



Ikutkan ada lagi tempat yang kami tak sempat nak explore seperti Cleopatra Antic Pool yang dipercayai digunakan Cleopatra untuk berendam dan mandi serta kawasan sekitar bersejarah yang lain.Selepas selesai di Hierapolis,kami menuju ke Adempira Termal & Spa Hotel untuk urusan check-in.




Sekitar Hotel Adempira Termal & Spa Hotel.




Suasana dalam bilik kami



Bilik kami bersih dan selesa


Dekat hotel ni terdapat beberapa jenis kolam.Ada kolam air panas yang sumbernya dari air semula jadi.Ada juga kemudahan khas seperti sauna,jacuzzi,kolam khas untuk wanita sahaja,kolam mandi berdekatan bilik hotel,kolam mandi bahagian bawah serta kolam mandi bahagian luar.




View dari balkoni bilik kami.Yang bertanda arrow tu kolam panas yang terdapat 
di Hotel Adempira



Kolam mandi di bahagian bawah



Kolam renang bahagian luar boleh mandi sehingga 11 malam.


Selepas selesai makan berehat kami berenang di kolam sekitar hotel.Kalau dah mandi kolam waktu malam memang sejuklah.Kami panaskan badan seketika di kolam yang panas.Memang betul-betul panas tapi lega rasanya.



Berehat dan berenang sebelum masuk tidur


Selepas selesai berendam dan pusing sekitar hotel,kami pulang semula ke bilik untuk tidur dan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain esok hari.


Bye-bye <3






Wednesday, October 30, 2024

Jalan-Jalan Turkiye Day 2 Bursa-Kusadasi (Julai 2022)

Pagi tu kami bersarapan bersama di hotel.Pelbagai pilihan makanan ada termasuklah pasta,english breakfast,pelbagai pilihan salad dan macam-macam lagi.Kami check out dan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kuşadası.



Sarapan ala Turki sebelum gerak destinasi seterusnya



Sarapan isi perut dahulu sebelum bergerak



Singgah ke Munira Ottoman Bazar


Kami singgah ke Munira Ottoman Bazar untuk membeli-belah.Dekat sini ada pelbagai barangan kosmetik,kecantikan,kesihatan,beg,baju,sejadah,madu,kuih tradisonal Turki,pastri dan macam-macam lagi lah.Jangan risau kalau nak membeli sebabnya penjual dekat sini mampu berbahasa Malaysia,Bahasa Indonesia dan semestinya Bahasa Inggeris.



Sesi penerangan produk seperti minyak zaitun & barangan kesihatan




Penjual dekat sini mampu berbahasa Malaysia



Cara mencuba air saffron dan campuran madu



Antara produk Best Seller 
Madu Hitam (campuran Habbatus Sauda)



Haa sebelom tu pernah tak korang tengok cerita Narnia (Narnia The Lion,the Witch and the Wardrobe) babak Edmund makan Turkish Delight pon ada jual disini.Memang banyak pilihan Turkish Delight dekat sini sampai rambang mata nak pilih tapi jangan risau sebab diorang akan bagi tester untuk kita cuba sebelum beli.Kami sekeluarga beli beberapa jenis Turkish Delight untuk dibawa pulang ke Malaysia.Selepas selesai membeli-belah disini,kami meneruskan lagi perjalanan.



Sesi mencuba Turkish Delight dulu sebelum membeli.Dekat sini memang beragam pilihan
sampai tak tahu nak pilih yang mana




Antara pilihan yang dibeli




Sekitar Munira Turkey.Ada pelbagai barangan menjadi pilihan



Mak dan abah bergambar bersama 💖



Sepanjang perjalanan menuju ke Akhisar,terdapat penggunaan turbin
untuk menjana tenaga elektrik



Kami berhenti makan dan solat di Kofteci Hunkar sebuah restoran yang terletak di Akhisar.Dekat sini kami berhenti untuk makan,rehat sebentar solat dan menuju ke destinasi seterusnya.



Makan tengahari di Kofteci Hunkar 



Antara menu makanan kami 😋



Aiskrim di waktu tengahari memang melegakan



Selepas selesai makan dan berehat seketika,kami meneruskan lagi perjalanan ke menuju ke salah satu tapak warisan Unesco,Kota Purba Efesus (The Ancient City of Ephesus).Sebelum memulakan aktiviti pentingnya untuk korang tahu perkara ni.Kami pergi musim panas,so cuaca di dekat Ephesus ni memang agak terik.Untuk berjalan sahaja sekitar kota purba ni mengambil masa yang agak lama dan tiada buggy disediakan.Oleh itu pentingnya pakai pakaian yang sesuai untuk berjalan disini.



Peringatan:
1) Gunakan kasut/sandal yang sesuai dan selesa sepanjang berjalan disini.Illa beli kasut dekat link bawah Walaupun harga murah tapi kualiti superb selesa berjalan.

Shopee (Kasut Selesa) : https://s.shopee.com.my/2qCtn6CmNI

2)Tiada kedai kecil di dalam kawasan tersebut.Yang ada di hadapan pintu masuk membeli tiket dan penghujung pintu keluar.Sebaiknya bawaklah air botol untuk menghilangkan haus kerana cuaca agak panas.



Sediakan sekurangnya air mineral sebelum masuk disini


3)Gunakan pelindung muka/payung/topi untuk mengelakkan kulit menjadi burn kerana cuaca ketika kami pergi memang agak panas dan terik.

Shopee (Pelindung Muka) : https://s.shopee.com.my/6fPcMXaGme

4)Bawa sekali minyak angin atau minyak urut untuk langkah persediaan lagi-lagi kalau mak ayah ibu pakcik makcik berjalan sekali di kawasan ni.Takut kaki melecet.(Tapi sepanjang perjalanan kami dekat sini diberi pilihan untuk sesiapa yang nak ikut sekali ke kota purba Efesus atau boleh stay di bahagian hadapan.)

5)Gunakan baju yang selesa dan warna yang terang dan sebaiknya elakkan baju yang berwarna gelap untuk mengelakkan penyerapan haba.

6)Sebaiknya gunakan suncreen untuk elakkan sinaran UV pada kulit muka.Illa guna physical suncreen dari Snowhitee sepanjang berjalan disini.(Boleh beli link di bawah)



Physical suncreen yang Illa guna sepanjang di Turki 💗

Shopee (Sunscreen Snowhitee) : https://s.shopee.com.my/40OrC2jfj1
Tiktok (Tiktokshop Snowhitee)  : https://vt.tiktok.com/ZSjNSa9R9/


Kami berkumpulan menuju ke Efesus yang terletak di sekitar Selcuk.Akan tetapi ada pengecualian bagi yang tidak mahu ikut bersama memandangkan perjalanan dalam Kota Efesus luas dan jauh.Disini terdapatnya serpihan tapak kota Yunani yang roboh pada dahulu kala.Efesus atau The Ancient City of Ephesus merupakan kota purba lama Yunani Kuno Antatolia dan kini berubah menjadi Turki moden.



Sesi penerangan sejarah Kota Efesus bersama Gamze


Disini telah terjadi peradaban pada zaman dahulu kala yang merupakan pusat komersial utama Mediterranean hingga berlakunya penyebaran agama Kristian.



Sekitar kawasan kota Efesus


Tapak teater kecil Odeon of Ephesus


Terdapat jugak sisa runtuhan perpustakaan Celcus yang terdapat disini.Perpustakaan tersebut menjadi pusat rujukan terpenting pada zaman tersebut.




Sisa kawasan runtuhan perpustakaan Celcus



Tapak runtuhan perpustakaan Celcus di zaman dahulu kala



Sekitar kawasan The Ancient City of Ephesus



Naim dan tour guide Turki yang boleh berbahasa Indonesia


Untuk pengetahuan jenama Nike diambil dari zaman Yunani,Nike (The Goddess of Victory) yang melambangkan kepantasan.Lambang right Nike (Just Do It) diambil dari reka bentuk selendang swoosh




Asal lambang Nike tercipta dari selendang Swoosh



(Rod of Asclepius) Tongkat dengan ular yang melingkar melambangkan simbol perubatan dan kesihatan pada zaman Yunani Kuno



Tandas pada zaman Yunani Kuno.


Mengikut sejarah orang yang pertama menggunakan tandas beruntung kerana menggunakan aliran air yang paling bersih berbanding orang yang lewat guna kerana menggunakan semula air kurang bersih dari sebelumnya.




Sekitar kawasan Efesus



Teater gimnasium yang digunakan pada zaman Yunani



Kedai cenderahati yang dijual di kawasan penghujung Kota Efesus


Kalau ikutkan memang tak cukup sehari untuk kami explore kawasan kota purba Efesus.Banyak benda yang boleh dipelajari dekat sini.Selesai berjalan di tapak kota purba Ephesus,kami singgah sebentar di kedai aiskrim Turki.Macam biasa kalau dah pergi kedai dekat sini memang kena lah dengan penjual aiskrim tu.



Pelbagai kedai di kawasan penghujung Kota Efesus



Penangan aiskrim Turki




Walaupun kami datang musim panas tapi aiskrim Turki ni memang tak mudah cair.
Illa amik perasa Pistachio Lemon


Selepas selesai seharian kami disini,kami meneruskan lagi perjalanan terakhir sepanjang harini menuju ke Kusadasi.Lewat petang tu kami sampai di Hotel Palmin Kusadasi.




Selamat sampai ke Hotel Palmin Kuşadası



Tunggu dan berehat sebentar di lobi



View dari tepi lobi hotel



Bilik kami bertiga



Berehat seketika



Bilik kami yang luas



Kawasan balkoni.Mudah untuk sidai baju dan berehat disini



View dari balkoni bilik kami.Menghadap kolam renang dan laut



View sekitar Hotel Palmin Kuşadası



Kolam renang boleh mandi sehingga jam 7 malam sahaja



Ketika senja melabuhkan tirai 🌇


Malam tu kami makan bersama.Dekat sini memang pelbagai pilihan buffet makanan.



Makan malam bersama dengan kumpulan trip


Selepas selesai makan malam kami berehat di sekitar lobi hotel untuk menikmati persembahan disini.


   
Santai-santai sambil menikmati persembahan


Selepas selesai persembahan kami terus balik ke bilik untuk berehat dan tidur untuk meneruskan aktiviti yang best esok hari.



Bye-bye <3