Pagi tu kami bersarapan bersama di hotel.Pelbagai pilihan makanan ada termasuklah pasta,english breakfast,pelbagai pilihan salad dan macam-macam lagi.Kami check out dan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kuşadası.
Sarapan ala Turki sebelum gerak destinasi seterusnya
Kami singgah ke Munira Ottoman Bazar untuk membeli-belah.Dekat sini ada pelbagai barangan kosmetik,kecantikan,kesihatan,beg,baju,sejadah,madu,kuih tradisonal Turki,pastri dan macam-macam lagi lah.Jangan risau kalau nak membeli sebabnya penjual dekat sini mampu berbahasa Malaysia,Bahasa Indonesia dan semestinya Bahasa Inggeris.
Sesi penerangan produk seperti minyak zaitun & barangan kesihatan
Penjual dekat sini mampu berbahasa Malaysia
Cara mencuba air saffron dan campuran madu
Antara produk Best Seller
Madu Hitam (campuran Habbatus Sauda)
Haa sebelom tu pernah tak korang tengok cerita Narnia (Narnia The Lion,the Witch and the Wardrobe) babak Edmund makan Turkish Delight pon ada jual disini.Memang banyak pilihan Turkish Delight dekat sini sampai rambang mata nak pilih tapi jangan risau sebab diorang akan bagi tester untuk kita cuba sebelum beli.Kami sekeluarga beli beberapa jenis Turkish Delight untuk dibawa pulang ke Malaysia.Selepas selesai membeli-belah disini,kami meneruskan lagi perjalanan.
Sesi mencuba Turkish Delight dulu sebelum membeli.Dekat sini memang beragam pilihan
sampai tak tahu nak pilih yang mana
Sekitar Munira Turkey.Ada pelbagai barangan menjadi pilihan
.jpg)
Mak dan abah bergambar bersama 💖
Sepanjang perjalanan menuju ke Akhisar,terdapat penggunaan turbin
untuk menjana tenaga elektrik
Kami berhenti makan dan solat di Kofteci Hunkar sebuah restoran yang terletak di Akhisar.Dekat sini kami berhenti untuk makan,rehat sebentar solat dan menuju ke destinasi seterusnya.
.jpg)
Makan tengahari di Kofteci Hunkar
.jpg)
Antara menu makanan kami 😋
Aiskrim di waktu tengahari memang melegakan
Selepas selesai makan dan berehat seketika,kami meneruskan lagi perjalanan ke menuju ke salah satu tapak warisan Unesco,Kota Purba Efesus (The Ancient City of Ephesus).Sebelum memulakan aktiviti pentingnya untuk korang tahu perkara ni.Kami pergi musim panas,so cuaca di dekat Ephesus ni memang agak terik.Untuk berjalan sahaja sekitar kota purba ni mengambil masa yang agak lama dan tiada buggy disediakan.Oleh itu pentingnya pakai pakaian yang sesuai untuk berjalan disini.
.jpg)
Makan tengahari di Kofteci Hunkar
.jpg)
Antara menu makanan kami 😋
Aiskrim di waktu tengahari memang melegakan
Selepas selesai makan dan berehat seketika,kami meneruskan lagi perjalanan ke menuju ke salah satu tapak warisan Unesco,Kota Purba Efesus (The Ancient City of Ephesus).Sebelum memulakan aktiviti pentingnya untuk korang tahu perkara ni.Kami pergi musim panas,so cuaca di dekat Ephesus ni memang agak terik.Untuk berjalan sahaja sekitar kota purba ni mengambil masa yang agak lama dan tiada buggy disediakan.Oleh itu pentingnya pakai pakaian yang sesuai untuk berjalan disini.
Peringatan:
1) Gunakan kasut/sandal yang sesuai dan selesa sepanjang berjalan disini.Illa beli kasut dekat link bawah Walaupun harga murah tapi kualiti superb selesa berjalan.
Shopee (Kasut Selesa) : https://s.shopee.com.my/2qCtn6CmNI
Shopee (Kasut Selesa) : https://s.shopee.com.my/2qCtn6CmNI
2)Tiada kedai kecil di dalam kawasan tersebut.Yang ada di hadapan pintu masuk membeli tiket dan penghujung pintu keluar.Sebaiknya bawaklah air botol untuk menghilangkan haus kerana cuaca agak panas.
3)Gunakan pelindung muka/payung/topi untuk mengelakkan kulit menjadi burn kerana cuaca ketika kami pergi memang agak panas dan terik.
Shopee (Pelindung Muka) : https://s.shopee.com.my/6fPcMXaGme
Shopee (Pelindung Muka) : https://s.shopee.com.my/6fPcMXaGme
4)Bawa sekali minyak angin atau minyak urut untuk langkah persediaan lagi-lagi kalau mak ayah ibu pakcik makcik berjalan sekali di kawasan ni.Takut kaki melecet.(Tapi sepanjang perjalanan kami dekat sini diberi pilihan untuk sesiapa yang nak ikut sekali ke kota purba Efesus atau boleh stay di bahagian hadapan.)
5)Gunakan baju yang selesa dan warna yang terang dan sebaiknya elakkan baju yang berwarna gelap untuk mengelakkan penyerapan haba.
6)Sebaiknya gunakan suncreen untuk elakkan sinaran UV pada kulit muka.Illa guna physical suncreen dari Snowhitee sepanjang berjalan disini.(Boleh beli link di bawah)
.jpg)
Physical suncreen yang Illa guna sepanjang di Turki 💗
Shopee (Sunscreen Snowhitee) : https://s.shopee.com.my/40OrC2jfj1
Tiktok (Tiktokshop Snowhitee) : https://vt.tiktok.com/ZSjNSa9R9/
Kami berkumpulan menuju ke Efesus yang terletak di sekitar Selcuk.Akan tetapi ada pengecualian bagi yang tidak mahu ikut bersama memandangkan perjalanan dalam Kota Efesus luas dan jauh.Disini terdapatnya serpihan tapak kota Yunani yang roboh pada dahulu kala.Efesus atau The Ancient City of Ephesus merupakan kota purba lama Yunani Kuno Antatolia dan kini berubah menjadi Turki moden.
Sesi penerangan sejarah Kota Efesus bersama Gamze
Disini telah terjadi peradaban pada zaman dahulu kala yang merupakan pusat komersial utama Mediterranean hingga berlakunya penyebaran agama Kristian.
Sekitar kawasan kota Efesus
.jpg)
Tapak teater kecil Odeon of Ephesus
Terdapat jugak sisa runtuhan perpustakaan Celcus yang terdapat disini.Perpustakaan tersebut menjadi pusat rujukan terpenting pada zaman tersebut.
Sisa kawasan runtuhan perpustakaan Celcus
.jpg)
Tapak runtuhan perpustakaan Celcus di zaman dahulu kala
Sekitar kawasan The Ancient City of Ephesus
.jpg)
Naim dan tour guide Turki yang boleh berbahasa Indonesia
Untuk pengetahuan jenama Nike diambil dari zaman Yunani,Nike (The Goddess of Victory) yang melambangkan kepantasan.Lambang right Nike (Just Do It) diambil dari reka bentuk selendang swoosh
.jpg)
(Rod of Asclepius) Tongkat dengan ular yang melingkar melambangkan simbol perubatan dan kesihatan pada zaman Yunani Kuno
.jpg)
Tandas pada zaman Yunani Kuno.
Mengikut sejarah orang yang pertama menggunakan tandas beruntung kerana menggunakan aliran air yang paling bersih berbanding orang yang lewat guna kerana menggunakan semula air kurang bersih dari sebelumnya.
.jpg)
Kedai cenderahati yang dijual di kawasan penghujung Kota Efesus
Kalau ikutkan memang tak cukup sehari untuk kami explore kawasan kota purba Efesus.Banyak benda yang boleh dipelajari dekat sini.Selesai berjalan di tapak kota purba Ephesus,kami singgah sebentar di kedai aiskrim Turki.Macam biasa kalau dah pergi kedai dekat sini memang kena lah dengan penjual aiskrim tu.
Penangan aiskrim Turki
.jpg)
Walaupun kami datang musim panas tapi aiskrim Turki ni memang tak mudah cair.
Illa amik perasa Pistachio Lemon
Selepas selesai seharian kami disini,kami meneruskan lagi perjalanan terakhir sepanjang harini menuju ke Kusadasi.Lewat petang tu kami sampai di Hotel Palmin Kusadasi.
.jpg)
Bilik kami yang luas
Malam tu kami makan bersama.Dekat sini memang pelbagai pilihan buffet makanan.
.jpg)
Makan malam bersama dengan kumpulan trip
Selepas selesai makan malam kami berehat di sekitar lobi hotel untuk menikmati persembahan disini.
Santai-santai sambil menikmati persembahan
Selepas selesai persembahan kami terus balik ke bilik untuk berehat dan tidur untuk meneruskan aktiviti yang best esok hari.
Bye-bye <3
Selepas selesai persembahan kami terus balik ke bilik untuk berehat dan tidur untuk meneruskan aktiviti yang best esok hari.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment