Sunday, January 01, 2023

Cuti-cuti Malaysia di Yong Peng Johor

 Setelah sekian lamanya berhabuk blog ni, akhirnya arini Illa kongsi pengalaman berjalan Yong Peng aritu .Alkisah mak teringin benar nak makan nasi di Restoran Kambing 40 Hari Batu Pahat .Makanya sebagai anak bertanggungjawab lah untuk tempah homestay di sana walaupun satu malam,hehe.

Setelah cari dan terus mencari,Google dan terus Google akhirnya dapat satu rumah homestay yang mempunyai 2 bilik tidur dengan harga yang sangat berpatutan.Dalam RM150 semalam (dapat promosi tau). Homestay yang kami duduk ni namanya Homestay Che'gu Norma yang terletak di Yong Peng.




Tup2 dah sampai Yong Peng 


Rumah memang cantik dikelilingi hiasan siap tempat bersantai lagi2 di luar.Mana2 yang datang bersantai berjalan kat sini boleh ajak satu keluarga jamuan BBQ.Bukan setakat tu sahaja tau.Banyak kemudahan yang tuan rumah sediakan.Ada tempat masak,iron board dengan seterika (haaa tak perlu bawak iron lagi), peti sejuk,siap ada towel khas setiap katil.





Ruang tamu yang kemas teratur dan cantik.




Bilik pertama dengan dua katil single.Tuan rumah siap sediakan towel dengan toto lagi untuk tetamu yang ramai.




Bilik kedua katil double.Telekung dan sejadah pon tuan rumah sediakan tau




Ada maggi,bahan memasak serta air mineral turut disediakan




Ruang memasak yang kemas dan rapi.Siap water heater pinggan cawan




Mesin basuh pon ada tau.



Bilik air pon bersih 

 
Nak gosok baju?Dah jangan risau tuan rumah siap sediakan sekali dengan iron board.



Kebetulan pulak pulak petang tu kami sekeluarga takde aktiviti,maka abah pon ajak lah pegi berjalan keluar sebentar memandangkan masa pon masih panjang.Google punya google jumpa lah kafe yang Illa rasa agak best untuk dikunjungi.




Hujan renyai2 pulak petang tu.






Taraa sampai pun Kedai Kopi Ikat Tepi.Mak macam biasa bergambar selfie itu perlu hehe 😂.
Tapi tak kisahlah yang penting datang nak suka2 aje.Kedai ni memang kemas dan simple.Susun atur pun cantik siap ada perhiasan lama lagi tau.Yang nak bergambar chill lepak2 dengan kawan serta nak makan2 mehlah datang sini.

Boleh cari alamat ni :

📌Kopi Ikat Tepi Batu Pahat
 Parit Awang Darat, Kampung Parit Awang, 83700 Yong Peng, Johor




Tempat yang santai dan simple.Nampak ramai student yang suka datang sini



Kedai Kopi Ikat Tepi ni penuh dengan perhiasan lama yang antik.




Memandangkan dah datang kedai Kopi Ikat Tepi ni rugilah tak order kopi diorang.
Memang padu pekat kaw punya siap ikat tepi lagi sesuai dengan nama kedai.Yang tak suka minum kopi jangan risau ada pilihan minuman yang lain selain daripada kopi.




Memandangkan tak tau nak makan apa.Haaa nah kita pekena chicken chop dulu.Yummeh 😋



Alang2 dah makan kita order sekali popia carbonara.Dekat sini bergantung pada menu yang diorang ada tau.




9.30 pagi 


Pagi tu kami bersiap2 awal keluar dari homestay nak ke Restoran Kambing 40 Hari Batu Pahat .Ni tujuan utama kami nak ke Batu Pahat.Masa datang tu,ramai dah orang berbaris panjang nak order makanan.Memandangkan kami datang waktu pagi,ada dua barisan yang tuan kedai arahkan kepada pelanggan.Satu barisan untuk order roti canai,yelah sarapan pagi dan satu lagi barisan untuk makan nasi arab kambing atau ayam.





Haa sampai dah pon Restoran Kambing 40 Hari.Masa ni pon dah ramai orang tau.Masa ni kami datang hari Ahad.



Ada dua barisan.Kalau nak makan roti canai sahaja,kena berbaris bahagian roti canai.Kalau nak order nasi Arab,kena berbaris bahagian nasi Arab.Masa ni penting kena fikir dan beli siap2 nak bawak balik bungkus.Takdelah dua kali berbaris nak beli makanan.





Macam Illa sendiri order nasi Arab kambing.Portion memang banyak.Alang2 dah sampai wajiblah bungkus sebelum bawak balik ke rumah sendiri nanti.Kami tak terus balik tau,memandangkan ada satu tempat yang kami nak singgah.Nama tempat tu RBB Food Outlet Kerepek (AY Lia Food Marketing Sdn Bhd)

Macam-macam tau ada dekat sini.Ada pelbagai jenis kerepek,kuih raya,minuman,jeli kelapa,crepe durian pon ada,gula2 ada senang cerita macam-macam lah ada dekat sana.Illa macam biasa dengan keluarga tak sah kalau tak membeli alang2 dah sampai




Ruang RBB Food Outlet Batu Pahat dekat je dengan Restoran Kambing 40 Hari




Mak macam biasa.Posing itu biasa.Adalah jugak gambar kenangan mak dah jejak Batu Pahat hehe

Lepas dah siap shopping semua,kami sekeluarga terus balik semula ke rumah kami.Home sweet home.

Bye-bye <3 




Saturday, September 19, 2015

Cuti-cuti Malaysia di Felda Residence Tekam Jerantut



Assalamualaikum,

Cuti yang lepas Illa berkesempatan bercuti-cuti Malaysia ke sebuah daerah di Pahang bersama famili tercinta.Jerantut.Tak sah kalau cuti yang panjang tak dihabiskan bersama keluarga.Kalau dah balik sem nanti kompem kerinduan gitu.

Kami sekeluarga menginap di Felda Residence Tekam Hotel.Hotel ini asalnya sebuah pusat penyelidikan tau.Tapi sekarang tempat ini menjadi tumpuan pelancongan serta tempat beristirehat untuk seisi keluarga.




Pandangan hadapan Felda Residence Tekam,Jerantut Pahang.


Di sekitar ruangan luar hotel






Menariknya di hotel ini kami disambut dengan fakta sejarah serta pameran mengenai Kota Gelanggi di sekitar lobi.Memang menarik.



Disambut dengan perhiasan artifak sejarah yang berkaitan dengan Kota Gelanggi di sekitar lobi hotel.




Barang-barang yang digunakan untuk ekskavasi mencari artifak lama.
*agak-agak cari harta karun dapat tak.hihi..



Kami menginap bilik Family Suite di Banglo Semai Bakti.Harga memang sangat berpatutan tau.Ada dua katil double dan single bed.Siap boleh golek2 lagi haa.Seghonok kata koo.
Terdapat juga kemudahan seperti iron dan iron board.So, pasni tak perlulah bersusah payah nak bawak iron sendiri dari rumah kan. :)



Menginap di Banglo Semai Bakti




Heater air juga disediakan tau




Terdapat katil single bed dan double bed.Golek2 lah sepuas ati ye..hee





Ruangan tandas yang bersih dan selesa.Hew hew



Macam biasa benda ni selalu adik aku yang rembat dulu.Adik lah adik..haishh  -_ -"




9.30 Malam


Malam tu memang tak sah kalau tak singgah I-City di Bandar Jerantut.Simple and nice view.Mungkin tak sebesar I-City di Shah Alam namun disini terdapat daya tarikan sendiri.
Agak-agak nak berkelah pon boleh
Nak berkaroke pon boleh
Nak bersenam pon boleh
Apetah lagi berselfie wefie bersama teman-teman kennn.
*simpan untuk kenang-kenangan lorrrr..



Bandar Jerantut Pahang




I-City Jerantut.Jangan lupa singgah tau.Besss..



Seterusnya kami singgah makan di restoran yang berdekatan dengan I-City Jerantut.Nama maaf terlupa sangat-sangat.Errr..
Tapi nak cakap memang makan dekat restoran tu berbaloi sangat-sangat.Berpatutan dan sedapppp,Dijamin 150%.






See harga Char Kueh Teow pon berpatutan di sini.Sedaaaaaaappp weyh Char Kueh Teow Komando ni.
Illa pulak order Chicken Chop with Mushroom Sauce.Sedap tak terhingga tau.Series kuah dier tak pekat dan tak cair.Just nice je.hihi..



Siap berseni lagi kuah gravy Chicken Chop ni.





8.00 Pagi

Keesokkan paginya,kami bersarapan di hotel.Kalau menginap di Family Suite anda akan dapat 3 per pax for breakfast.See affordable kan.Makan sepuas hati.Rating illa bagi 4/5 sebab layanan pekerja dan makanan yang disediakan amat menarik sekali.Bukan tu sahaja hiasan dalaman pon menarik sangat.Simple and nice.





With beloved abah and emak.Sayang diorang ni sesangat <3



Gambar kenang-kenangan di sekitar kafe Felda Residence Tekam
*adik lah adik ko dah kenapa.Nak sumpit ape lettuw..  -___-"



Hari terakhir disini Illa banyak habiskan masa bersama keluarga menikmati pemandangan sekitar Felda Residence Tekam.Saujana mata memandang.Seronok berada di sini.




Saujana mata memandang





Lain kali datang lagi.
Ok malas nak mengomel panjang2.Nanti  sambung lagi hokeyhhh..




Kenang-kenangan bersama keluarga di sini :)



Bye-bye <3