Thursday, November 07, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 7 Bolu-Istanbul (Ogos 2022)

 
Selamat pagi nah bunga ⚘
Harini kami menuju ke destinasi terakhir sepanjang lawatan di Turki,iaitu Istanbul.Selepas selesai sarapan dan check out,kami  terus bergerak menuju ke Istanbul.Selepas beberapa ketika dalam perjalanan,kami singgah sebentar di RNR Tem 76 yang terletak di Korfez.Dekat sini dijual dengan pelbagai jenis manisan,makanan serta ada coffee house.



Sarapan penambah tenaga



Singgah sebentar di RNR Tem76


Pelbagai jenis manisan yang dijual



Selamat tinggal Bolu



Briefing sebelum sampai Istanbul



600m sebelum simpang ke Istanbul


Kami tiba di Istanbul dan menuju ke Masjid Sultan EyΓΌp (EyΓΌp Sultan Camii) yang terletak di Istanbul.Masjid Sultan EyΓΌp merupakan sebuah masjid termasuk makam yang menandakan tempat di mana Ebu EyΓΌp el-Ansari (Abu Ayyup al-Ansari),pembawa panji dan sahabat nabi Muhammad dikatakan telah dikebumikan.




Berjalan menuju ke Masjid Sultan EyΓΌp



Berjalan menuju ke masjid



Sekitar kawasan masjid



Sekitar pintu gerbang masjid



Gamze memberi penerangan makam di sekitar masjid




Dinding di sekitar masjid.Memang cantik.



Makam Abu Ayyup al-Ansari



🐈



Emak dan acik Faridah



πŸ’–



Ikutkan nak amik gambar air pancut tapi tiba-tiba muncul adik kecil ni dengan berpakaian 
tradisional Turki.Comel.




Persembahan di sekitar Masjid Sultan EyΓΌp



Selepas selesai urusan di sekitar Masjid Sultan EyΓΌp,kami menuju ke Saray Restaurant Istanbul untuk makan tengahari.Restoran betul-betul menghadap selat Bosphorus.




Berjalan menuju ke Saray Restaurant



Bosphorus Cruise



Laluan menuju restoran



View dari sekitar Selat Bosphorus



Saray Restaurant



Arini menu makan tengahari kami ialah ikan πŸ˜‹



Makan-makan tengahari bersama



Kenyang perut suka hati



Selepas selesai makan tengahari kami menuju ke tempat seterusnya


Selepas selesai makan tengahari kami menuju ke Ahi Γ‡elebi Mosque untuk solat dan berehat seketika.Selepas selesai solat dan berehat seketika,kami menaiki cruise merentasi Selat Bosphorus.

Apa itu Selat Bosphorus.Ok jom imbas sejarah.Turki sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Turki Asia dan Turki Eropah atau dikenali sebagai negara Eurasia.Sebahagian besar wilayah Turki berada di wilayah Asia dan hanya sebahagian kecil sahaja di kawasan Eropah.Kawasan Turki yang berada di Turki Asia terletak di wilayah yang dikenali sebagai Anatolia,manakala bahagian Turki Eropah dikenali sebagai Trakia.

Istanbul merupakan kota terbesar di Turki menjadi dua benua bahagian Asia dan bahagian Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus.Kedua bahagian daratan Turki Asia dan Turki Eropah ni dihubungkan dengan jambatan yang dikenali sebagai jambatan Bosphorus.Maknanya sepanjang kami menaiki cruise kami merentasi Turki serta kawasan Eropah dalam waktu yang sama.




Solat dan berehat seketika di Masjid Ahi Celebi



Gamze dan Ecah



Gamze dan emak πŸ’–


Bersedia naik cruise




Bersedia naik cruise merentasi selat Bosphorus



Kawasan tempat makan tengahari kami



Pose satu dari acik Yati



Ucapan acik Yati buat kawan-kawan di Sarawak



πŸ“Έ



Ecah πŸ˜‚



I believe I can fly 



Mata tertutup,tangan ke bahu πŸ˜‚



View sekitar 



Kebanyakan kawan-kawan trip kami berasal dari Sarawak



Jom layan view sekitar



πŸ™‹


Selepas selesai menaiki cruise,kami menuju pula ke Spice Bazar.Dekat sini memang pelbagai barang yang dijual seperti baju,barang seramik,manisan,Turkish Delight,lokum,rempah ratus,barang kemas,produk kecantikan Turki,pelbagai jenis teh dan macam2 lagi lah.




Berjalan menuju ke Spice Bazaar



Waktu kami pergi ni memang ramai orang



Kami diberi briefing sebelum masuk ke kawasan bazar



Kami semua berjalan menuju ke kedai manisan



Kami membeli-belah di kedai Γ‡ikita



Sesi membeli-belah bermula



Sebenarnya kawasan ni besar.Confirm tak puas nak explore



Selepas selesai,kami berehat sebentar sebelum pergi ke destinasi seterusnya.


Selepas selesai berehat kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Taksim Square.Haa korang nak tau tak apa itu Taksim Square?

Taksim Square yang terletak di Beyoglu ni merupakan bahagian Turki Eropah.Dekat sini memang terkenal serta banyak tempat riadah,restoran,butik mewah serta kedai dan merupakan juga stesen pusat rangkaian di sekitar Istanbul.



Kami bergerak menuju ke Taksim Square



Masjid Taksim



Sekitar kawasan Taksim Square



Sekitar Taksim Square



Dekat sini banyak butik serta mall di kawasan sekitar



Antara kedai manisan yang terkenal dekat sini Hafiz Mustafa 1864



Pelbagai manisan ada disini.Dekat sini korang boleh minum dan makan di tingkat atas atau packing
untuk dijadikan ole-ole


Selepas seharian berjalan di sekitar Istanbul,kami bergerak ke Kebap House  untuk makan malam.



Kami berjalan menuju ke restoran



Kebap House Istanbul



Santai borak-borak sebelum menunggu makanan sampai



Selamat menjamu selera 🍽


Selepas selesai makan malam bersama,kami menuju ke Ramada Encore by Wyndham Istanbul Bayrampasa untuk check-in.




Bergerak menuju ke hotel



Senja melabuhkan tirai



Menunggu masa untuk check-in balik.


Selepas selesai check-in kami banyakkan berehat sahaja di bilik memandangkan esok merupakan hari terakhir kami berada di bumi Turki.Jumpa lagi di blog terakhir di Turki.


Bye-bye <3

Tuesday, November 05, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 6 Cappadocia-Ankara-Bolu (Ogos 2022)

Pagi tu kami bersarapan bersama sebelum meneruskan lagi perjalanan menuju ke Bolu.



🍽



Selamat tinggal Cappadocia.Semoga bertemu lagi.


Sebelum menuju ke Bolu,kami singgah sebentar di Tuz Golu (Salt Lake) yang terletak di Ankara.
Ketinggian tasik ni ialah 905m.Pada musim panas,air di tasik akan mengering serta penyejatan berlebihan dan mengakibatkan pembentukan lapisan garam kira-kira 30 cm.Tasik ni juga merupakan salah satu tasik paling masin di dunia kerana ketumpatan air bersamaan dengan 1-22.5 cm/gram ataupon nisbah garam anggaran dalam 32.4%.



Kami menuju ke Salt Lake



Sekitar kawasan Salt Lake



πŸ˜‚



Tuz Golu/Salt Lake



πŸ’–



πŸ’–


My lil family πŸ’–



Selepas selesai berjalan di sekitar tasik,kami menuju ke bangunan utama



Ada keychain,barang perhiasan dan macam-macam lagi



Manisan pon ada jual disini



Antara produk yang famous dekat sini.Scrub serta sabun garam


Selepas selesai berjalan di sekitar Tuz Golu.Kami bergerak untuk makan tengahari.



Tak tahu makanan apa tapi rasa dia sedap macam campuran bawang putih,bawah merah dipotong diracik goreng masak sekali dengan ayam campur dengan campuran herba atau black pepper serta campur tomato dan cili.Haa camtulah rasanya.Panjang sangat nak describe rasa dia macam manaπŸ˜‚


Selepas selesai makan tengahari dan berehat,kami menuju ke Anitkabir (Atarturk's Mausoleum) (sebutannya Anitkabir Atarturk Mo-so-niyum) yang terletak di Ankara.Anitkabir ialah sebuah kompleks makan terletak di daerah Cankaya Ankra Turki dimana pengasas dan Presiden pertama Republik Turki,Mustafa Kemal Ataturk disemadikan.



Disambut dengan bunga Marigold yang mekar di pintu hadapan



Berjalan menuju ke Ataturk Mausoleum 



Anitkabir Ataturk Mausoleum



Beratur sebelum masuk muzium



Arca yang dibina sekitar dinding



Sekitar muzium terpampang gambar sejarawan Turki



Simulasi peperangan di Turki pada dahulu kala



Upacara perbarisan di luar Anitkabir


Selepas selesai lawatan di Atarturks Mausoleum,kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar berehat solat di RNR sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Bolu.




Bergerak menuju ke Bolu



Berhenti seketika di RNR.Membeli makanan sebelum check-in hotel



⚘


Kami tiba awal dan menginap di Karpalas City Hotel & Spa .Kami berehat disni untuk satu malam sebelum gerak esok ke tempat seterusnya.




Hotel Karpalas




Bilik kami bertiga



Superb 



Makan malam bersama team trip


Selepas makan malam,kami explore sekitar hotel di Bolu.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada seperti gym yang menghadap swimming pool,spa dan sauna.




Gym yang menghadap swimming pool - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa



Sauna - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa



Spa - Picture credit to Karpalas City Hotel & Spa

Selesai kami explore di sekitar hotel,kami terus pulang dan berehat di bilik.Dekat Bolu ni memang agak sejuk waktu malam.So macam biasa malam-malam sebelum tidur kami buat air panas dan makan-makan.Memandangkan sekitar hotel tiada kedai,kami sudah siap membeli di RNR sebelum sampai ke sini.



Cuaca di Bolu agak sejuk dan berkabus pada waktu malam


Selepas santai makan-makan dan berborak sekeluarga kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur sebelum meneruskan perjalanan esok hari menuju ke Istanbul.


Bye-bye <3