Monday, November 04, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 5 Cappadocia (Ogos 2022)


Pernah tak korang tengok cerita terkenal dari Indonesia,Layangan Putus pada minit 5:33
'Its my dream mas,not her'
Impian isterinya ke Cappadocia,haa disini lah tempatnya.


Harini merupakan hari ke 6 kami di Turki dan di Cappadocia.Dekat sini kami diberi pilihan untuk melakukan aktiviti tambahan seperti :



Darwish show (USD 35/RM 160 untuk seorang)

Picture credit to Wander Lush



Hot air ballon (USD 250/ RM 1100 untuk seorang)




Zelve Mapping Show (USD 60/ RM263 untuk seorang)


Credit picture to Cappadocia Travel Agency



Jeep Safari (USD 90/RM 395 untuk seorang minimum 4 orang untuk 1 jeep)

Credit picture to Klook.com

Harga aktiviti tambahan semua aktiviti di atas mengikut USD pada tahun 2022.





Sarapan di pagi hari


Selepas selesai sarapan,kami menuju ke Vallée de Pasabag atau Lembah Pasabag yang terletak di Nevsehir.Lembah Pasabag juga dikenali sebagai Lembah Monks.Lembah ni terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Goreme dan merupakan salah satu tarikan paling popular di kawasan itu.Lembah ini terkenal dengan pembentukan batu luar biasa yang telah dibentuk oleh letusan gunung berapi serta hakisan selama beribu-ribu tahun.



Sekitar kawasan Pasabag Valley



Emak dan Gamze



Merenung ke hadapan



Aiskrim Turki dilupa jangan



Sekitar kawasan Pasabag Valley



Sekitar kawasan Pasabag Valley


Selepas bersantai-santai dan berehat di sini kami meneruskan lagi lawatan ke Hanem Art Center.Disini merupakan tempat pembuatan emas,perak,batu permata dan barang kemas.Disini kami dibawa ke sekitar kilang atau bengkel pembuatan barang kemas seperti batu permata.



Kami tiba di Hanem Art Center



Sesi penerangan mengenai barang kemas di Hanem Art Center




Sesi pembuatan barang kemas



Antara barang perhiasan yang dibuat disini



Sekitar kawasan Hanem Art Center



Sesi melihat harga dan barang perhiasan yang dijual

Selepas selesai membeli belah dan lawatan,kami menuju ke Çardak Saray Yeraltı Evi Underground Cıty .Kota bawah tanah yang terletak di Nevşehir.Disini terdapatnya kawasan penempatan yang berada di dalam tanah dan keadaan dalamnya memang sejuk walaupun pada musim panas.




Menuju Underground City of Cardak



Walaupun kami pergi musim panas tapi dalam ni memang sejuk



Sesi penerangan sebelum di bawa ke dalam



Sekitar kawasan dalam gua.Memang sejuk



Kawasan tempat tinggal Underground City of Cardac



Kawasan telaga air


Pigeon Hole


Ada jugak kawasan yang ditutup pada pengunjung kerana dalamnya
kawasan tersebut sekitar 1km



Pintu keluar



Selesai lawatan kami di sini


Selepas selesai lawatan kami disini,kami menuju ke Güvercinlik Vadisi atau Pigeon Valley.Lembah merpati dikatakan mendapat namanya kerana ukiran batu tuf di lembah yang dibentuk menjadi rumah untuk burung merpati.Burung merpati menjadi penting ketika dahulu kerana tahinya menjadi baja untuk tanah yang tidak subur.



Batuan yang dibentuk menjadi rumah untuk burung merpati



Sekitar kawasan Pigeon Valley



Asyik gambar orang je,kita letak 1 gambar sendiri 😁



📸 Emak dan abah



Pokok yang dihiasai dengan banyak nazar boncuğu atau blue amulet.


Apa itu nazar boncuğu atau nazar boncuk melambangkan pandangan cemburu dan iri hati orang lain, yang menurut kepercayaan popular, akan mempunyai kuasa untuk menyebabkan pelbagai musibah kepada seseorang atau harta bendanya. Orang Turki percaya bahawa azimat ini melindungi pemegangnya daripada tenaga buruk dengan menyerapnya.



Blue amulet


Selepas selesai aktiviti kami menuju ke Silene Restaurant untuk makan tengahari.



Makan tengahari di Silene Restaurant



🍽



Makanan tengahari kami bersama lauk kambing.Tak tau masakan apa tapi sedap 😋


Selepas selesai makan tengahari,kami menuju ke Uçhisar Valley
Disini kami berjalan dan bergambar seketika.Dekat sini korang boleh naik untuk untuk berkunjung di sekitar Lembah Uçhisar.Kalau korang berminat nak naik unta sekitar lembah pon boleh.



Sekitar Uçhisar Valley



Laluan ke Paradise Valley Hiking Trail


📸 Emak dan abah



📸 Bersama acik Yati



💖

Selepas selesai bergambar dan berjalan di kawsan sekitar,kami meneruskan lagi lawatan ke Kilang Karpet.Disini setiap karpet dibuat menggunakan tangan.



Sesi penerangan mengenai karpet handmade



Sesi penjualan karpet



Pelbagai jenis karpet dijual di sini



Antara karpet paling unik dekat sini.
Karpet ni akan berubah warna bila kita lempar dari sudut yang berlainan



Proses pembuatan karpet menggunakan tangan



Antara karpet yang dijual



📸 Spot ootd



Kedai cenderahati


Selepas selesai di kilang karpet,kami menuju ke Imagination Valley yang mempunyai bentuk batuan berbentuk seperti unta untuk bergambar.



Sekitar Imagination Valley



Formasi batu semulajadi berbentuk seakan unta



💖



💖


📸 Captured by Gamze

Selepas selesai bergambar di Imagination Valley,kami menuju ke kilang pembuatan tembikar dan seramik.Disini kami mempelajari dan berpeluang untuk belajar cara membuat tembikar tanah liat di sini.



Hitit Seramik & Pottery



Sesi perkenalan bersama pemilik Hitit Seramik & Pottery.
Hanya menjadi pelancong berkenalan dan nikah bersama suaminya.
Moga hubungannya langgeng terus ya mbak 💖



Peserta diberi peluang untuk mencuba membuat tembikar




Tembikar yang belum dikeringkan dan dibakar



Antara keunikan kedai disini produk tembikar dan seramik dijual seperti 
kawasan underground city


Selepas selesai menjelajah di Hitit Seramik & Pottery,kami pulang terus pulang ke hotel dan berehat.Seperti biasa kami menginap di hotel yang sama,iaitu Hotel Avrasya.



Pulang semula ke hotel


Memandangkan malam tu kami tiada aktiviti,kami bertiga pusing-pusing sekitar hotel.Kami menuju ke sebuah kedai Konak Seramik .Kami saja-saja mengintai di dalam kedai sehinggalah pemilik kedai sendiri memanggil kami masuk ke dalam.Pelbagai jenis produk seramik dan tembikar dijual disini dari cawan,pinggan,mangkuk,bekas makanan,perhiasan,produk kecantikan Turki,magnet,lampu dan lain-lain.



Kedai seramik dan tembikar Konak Ceramic



Bahagian luar kedai



Macam-macam barang yang dijual disini



Magnetik yang dijual disini



Sesi pusing keliling kedai



Antara produk yang dijual di sini,moon stone



Puas pusing kedai,kami minta izin pemilik untuk balik


Memang puas pusing kedai sini,pemilik pon peramah serta superb layanan kepada kami.Selepas selesai di Konak Seramik,kami menuju ke lobi chill bersama Gamze dan Jamal (geng tour leader kami sepanjang di Turki).


Santai bergelak tawa dengan diorang ni.Tak habis2 Jamal mengusik Gamze 😂


Selepas santai chill bergelak ketawa dengan Gamze dan Jamal,kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.Hari esok merupakan hari terakhir kami di Cappadocia sebelum kami bergerak menuju ke Bolu.Jumpa lagi di next blog.


Bye-bye <3

Sunday, November 03, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 4 Pamukkale-Konya-Cappadocia (Ogos 2022)

 
Selepas selesai rehat-rehat dan bersarapan,kami terus check out dan seterusnya menuju ke Cappadocia (sebutan Turki keppe-do-shia).



Pemandangan sekitar hotel di pagi hari



Sarapan 🍽



Meneruskan lagi perjalanan menuju Cappadocia


Kami bergerak menuju ke Bi Mola Anatolia Cafe & Bistro dekat sini dijual pelbagai jenis produk kraftangan Turki,keychain,baju,beg,produk kesihatan,makanan dari Turki.Kami mencuba salah satu makanan kesihatan yang dimakan orang Turki iaitu campuran yogurt,madu serta poppy seed atau biji kas kas (selalu digunakan dalam gulai atau kari untuk memekatkan kuah).


Bi Mola Anatolia


Makanan kesihatan campuran yogurt,madu dan poppy seeds atau biji kas kas



Sekitar Bi Mola Anatolia


Selepas selesai kami membeli belah,kami menuju makan tengahari di kawasan rehat Kirazlıbahçe Dinlenme Tesisi .Dekat sini lebih kurang macam RNR dekat tempat kita.


Bi Mola Anatolia





Makanan tengahari kami 🍽


Selepas selesai makan,kami menuju pula ke Mevlana Museum yang terletak di Konya.
Jom imbas sejarah disini.Mevlana Dergahi (Dervish Lodge) yang kini digunakan sebagai muzium dahulunya merupakan Taman Mawar Istana Seljuks dan diberikan hadiah kepada bapa Mevlana Sultanü'l-Ulema Bahaaeddin Veled oleh Sultan Alaeddin Keykubad.


Apabila Sultanü'l-Ulema mangkat pada 12 Januari 1231,baginda dimakamkan di kubur sekarang dan merupakan pengebumian pertama yang pernah diadakan di Taman Mawar.Selepas kemangkatan Sultanü'l-Ulema, rakan-rakan dan murid-muridnya mendekati Mevlana dan menyatakan hasrat mereka untuk membina makam di atas kuburnya. Mevlana menolak permintaan ini sambil berkata "Bagaimana mungkin ada makam yang lebih baik daripada langit itu sendiri?. Namun apabila dia meninggal dunia pada 17 Disember 1273, anaknya Sultan Veled menerima permintaan mereka yang ingin membina makam di atas kubur Mevlana. Makam itu dipanggil "Kubbe-i Hadra" (makam hijau) dibina oleh arkitek Bedrettin dari Tebriz dengan harga 130.000 dirhem (mata wang) Seljuk di atas empat kaki gajah (tiang tebal Selepas tarikh ini, aktiviti pembinaan tidak pernah berhenti dan diteruskan secara berperingkat-peringkat sehingga akhir abad ke-19.


Mevlevi Derhgahı (Dervish Lodge) dan makam mula berfungsi sebagai muzium pada tahun 1926 di bawah nama Konya Museum of Historical Works. Pada tahun 1954 corak paparan muzium itu sekali lagi diambil dan ia dinamakan semula sebagai Muzium Mevlevi.

Walaupun pada asalnya Muzium ini meliputi kawasan seluas 6.500m² bersama-sama dengan tamannya, dengan bahagian tersebut dirampas kemudian dan direka bentuk sebagai taman mawar, hari ini ia telah mencapai saiz 18.000m²

Halaman muzium dimasuki dari "Dervişan Kapısı" (Pintu Darwis). Terdapat sel darwis di sepanjang sisi utara dan barat halaman. Bahagian selatan, selepas Makam Matbah dan Hürrem Pasha, berakhir dengan pintu gerbang Hamuşan (Bibir Tertutup) yang membuka ke perkuburan Üçler. Di sebelah timur halaman terdapat makam Sinan Pasha, Fatma Hatun dan Hasan Pasha, Samahane (Dewan Solat Ritual) di sebelah mereka dan bahagian masjid kecil (mesjidt) dan bangunan utama tempat kubur Mevlana dan ahli keluarganya juga ditempatkan.

Halaman ini diberi rasa istimewa dengan air pancut berbumbung (şadırvan) yang dibina oleh Sultan Yavuz Sultan Selim pada tahun 1512 dan kolam "Şeb-i Arus" (bermaksud malam perkahwinan atau malam Mevlana meninggal dunia) dan air pancut yang terletak di bahagian utara mahkamah dan dipanggil Selsebil.





Mevlana Museum



Sekitar pemakaman di luar Muzium Mevlana yang dihiasi dengan bunga mawar


Sebenarnya ada cara lain jugak untuk korang fahami sejarah Mevlana Museum ni melalui maya.Boleh sahaja tekan link dibawah korang boleh view 360 darjah di dalam Muzium Mevlana.


Tekan link kat sini → Mevlana Museum in 360 view




Bila dah masuk link 360 view keluar macam ni,tekan Kapat atau tutup



Keluar 'Ses acilsin mi? (perlu ke suara dikuatkan)
Evet (Ya) atau Hayir (Tidak)
Terpulang pada korang nak tekan mana-mana sebabnya sepanjang view 360 ni memang ada 
music instruments



Bila dah keluar macam ni nak tutup sound boleh sahaja tekan simbol sound atas bahagian kiri.
Untuk view 360 dalam kawasan muzium korang tekan simbol box hujung bawah bahagian (36 Gorunum).Pilih sahaja mana2 kawasan yang korang nak tengok.
Simbol sebelah VR (view untuk kawasan sekitar Muzium Mevlana)


Selamat mencuba 👌




Menarilah dan terus tertawa,walau dunia tak seindah surga
Haaa nyanyi ke tu 😂
📸Pose istimewa dari acik Siti dan emak



Selepas selesai seharian melawat Mevlana Museum,kami menuju pula ke Sultanhani Caravanserai.Sebelum itu apa maksud Sultanhani Caravanserai.Caravanserai mengikut bahasa Persia bermaksud penginapan yang berada di jalan tepi besar di kawasan luar kota. 
Sultanhan(nama bangunan tersebut) ialah karavanserai Seljuk abad ke-13 yang besar di bandar Sultanhanı, Wilayah Aksaray. Ia adalah salah satu daripada tiga karavanserais besar di wilayah itu, kira-kira 40 km (25 batu) barat Aksaray di jalan ke Konya. Struktur berkubu itu dibina pada 1229 semasa pemerintahan sultan Seljuk Kayqubad I (yang memerintah antara 1220 dan 1237) oleh arkitek Syria Muhammad ibn Khalwan al-Dimashqi (Dimashqi bermaksud "dari Damsyik") di sepanjang Uzun Yolu (atau "panjang. jalan”) laluan perdagangan, yang berjalan dari Konya ke Aksaray dan terus ke Parsi.

Selepas sebahagiannya dimusnahkan oleh api, Sultanhan telah dipulihkan dan dilanjutkan pada 1278 oleh gabenor Seraceddin Ahmed Kerimeddin bin El Hasan semasa pemerintahan Sultan Kaykhusraw III. Ia menjadi karavanserai terbesar di Turki dan masih merupakan salah satu contoh terbaik seni bina Anatolia Seljuk.



Sultanhani Caravanserai



Sekitar Sultanhani Caravanserai



📸 Emak dan abah

Setelah selesai melawat sekitar Sultanhani Caravanserai,kami berehat seketika di Sultan Cafe Restaurant betul-betul berhadapan dengan Sultanhani Caravanserai sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Cappadocia.



📸



Beli roti di Sultan Cafe Restaurant.
Rasa dia lebih kurang macam roti canai pon ada,roti prata pon ada.



Senja melabuhkan tirai.Kami menuju terus ke Cappadocia



Selamat sampai di lobi Hotel Avrasya Cappadocia



Selepas selesai check in,kami makan malam bersama berkumpulan di restoran hotel.


Selepas selesai makan malam,kami terus berehat dan tidur di bilik memandangkan hari esok merupakan hari yang padat dengan aktiviti serta lawatan di Cappadocia.



Bye-bye <3

Simfoni 1 Condominium Semenyih



Ada tak yang mencari rumah lengkap dengan pelbagai fasiliti dan lengkap di bawah satu bumbung?Arini Illa nak share satu unit rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang terletak di Kondominium Simfoni Semenyih.



Simfoni 1 Condominium Semenyih


Unit dilengkapi pengawasan guard 24 jam.Unit ni dilengkapi dengan 3 bilik tidur 2 bilik air.Memang sesuai untuk pasangan baru lagi-lagi yang mencari rumah pertama untuk diduduki.Rumah yang terletak di tingkat 13 siap ada bedframe dengan peti ais lagi.Rumah ni berkeluasan 1073 sqft.Andai kata nak jemput makcik saudara sekeluarga nak datang rumah memang sesuai sebabnya rumah ni memang luas.Boleh guling-guling lagi hehe (eh gurau-gurau).Masa raya takde ni lah risau nak muatkan ramai-ramai orang dalam satu rumah.



Security 24 jam



Kawasan lif



Sekitar condominium.Kemas dan bersih



View dari ruang balkoni



Ruang tamu yang luas siap boleh guling-guling lagi 😂



Kawasan laundry



Kawasan dapur



Master bedroom



Tandas master bedroom



Bilik kedua connected dengan tandas luar



Bilik ketiga

Rumah Kondominium Simfoni Semenyih ni jugak siap ada 2 lot parking lagi.Bolehlah sebelah menyebelah dengan shuben and wife.Bab kemudahan?Haa macam-macam ada tau.Ada gimnasium nak sihatkan sado-sadokan badan.Mandi swimming pool dengan anak-anak kecil.Mak-mak ayah pon boleh je join untuk fitkan badan serta kesihatan diri.Permainan kanak-kanak pon ada dekat sini tau.Ada lagi.Kalau petang2 nak relakskan badan,dekat sini siap ada sauna lagi untuk untuk relakskan badan setelah seharian bekerja siang hari.



Kawasan gimnasium 



Kolam mandi kanak-kanak dan dewasa



Bilik sauna untuk chill setelah seharian penat bekerja


Rumah ni jugak dekat dengan Mydin Mall,Hospital Kajang,Metro Kajang Mall,Tesco Semenyih,Billion,MRT/KTM Kajang,Metropoint Kajang dan macam-macam lagilah.Mudah bagi mak-mak atau ayah mencari barang-barang keperluan seharian.




Kawasan shoplot serta dekat dengan mall

Ada 3 jenis akses mudah lagi-lagi nak ke tempat kerja,SILK Highway,LEKAS Highway dan PLUS Highway.


Haa nak tau lagi detail meh whatssap Illa di no 0133133020 atau tekan link ni tau 📱Nak tahu detail Simfoni 1 Condominium Semenyih


Nak tengok tour lagi rumah Kondominium 228 meh tekan link video ni sampai habis.


Illa Aqilah
Bantu anda cari rumah idaman
REN 42168


Bye-bye <3