Saturday, November 30, 2024

Rumah Mampu Milik Flat Taman Lagenda Cheras

 

    Kalau korang tengah mencari  rumah pertama yang tak terlalu membebankan poket,Illa nak sarankan rumah flat kos rendah di Taman Lagenda Mas Cheras memang patut ada dalam senarai pilihan korang.
Dengan harga yang mesra bajet serta lokasi yang dekat pelbagai kemudahan,rumah ni sesuai sangat untuk golongan muda atau keluarga kecil yang nak mula bina hidup.



Flat kos rendah Taman Lagenda Mas Cheras



Dekat dengan taman permainan



Nak main bola baling petang-petang pon best


Rumah flat ni jugak dekat dengan sekolah rendah serta SMK Perimbun Cheras .
Kalau emak-emak nak cari barang basah,boleh sahaja terus ke NSK Taman Suntex Cheras cuma 10 ke 11 minit sahaja dari Taman Lagenda Cheras.Rumah ni ada 3 bilik tidur serta 1 bilik mandi dan 1 tandas yang berasingan.



Bahagian ruang tamu



Ruang tamu



Bilik tidur



Ruangan dapur


Kalau korang berminat nak tengok unit ni atau nak tahu lebih lanjut boleh sahaja contact no di bawah.Illa sertakan sekali alamat rumah unit ni.


📌 Low Cost Flat Taman Lagenda Mas Cheras
Jalan Lagenda 10 Taman Lagenda Mas
Cheras Selangor.


atau contact no (tekan sahaja link di bawah terus ke Whatssap)
📱 Nak view unit (013 3133 020)


Bye-bye <3 








Friday, November 22, 2024

Rumah Private View Cantik di Cheras

 
Korang pernah jumpa tak rumah yang private tapi view cantik dekat dengan highway serta pelbagai kemudahan di Cheras?Meh sini Illa nak share rumah cantik yang terletak di Imperial Residence Condominium Cheras.

Rumah ni betul-betul dekat dengan Highway Cheras-Kajang.Tak sampai beberapa minit je dah sampai.Rumah ni ada 3 bilik tidur 2 bilik air serta 1 bilik stor.Yang paling penting sekali rumah ni view betul superb menghadap tepi jalan raya.Andai kata yang bekerja sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Cheras.Rumah ni memang sesuai sebabnya bangun pagi bersiap dah sampai ke tempat kerja sebabnya highway sebelah rumah je.Tak sampai beberapa minit.




Kawasan hadapan Imperial Residence Cheras



Parking visitor berpagar yang luas.Kalau saudara,kawan-kawan nak datang
boleh sahaja parking dekat sini




Sekitar lobi Imperial Residence Cheras.Memang luas.



Kawasan kolam renang kanak-kanak dan dewasa.
Kolam renang ni dekat dengan kawasan bbq



Kawasan gimnasium untuk sihatkan serta sadokan badan



Kawasan squash


Kawasan membaca.Nak main karom pon boleh dekat sini.



Kawasan bbq yang luas.Boleh ajak kawan-kawan saudara-mara main bakar-bakar dekat sini



Tempat permainan kanak-kanak


Sebenarnya sebagai pembeli,memang penting kalau kita amik kira kawasan setempat,kemudahan serta bentuk rumah yang ingin diduduki.Unit yang Illa nak syorkan ni memang menarik sebabnya betul-betul bahagian tepi dan yang paling penting sekali privacy.Selain itu,view unit ni pon menarik lagi-lagi pada waktu malam.Keduanya unit ni bawah market value tau.Mana nak dapat kan lagi-lagi area Cheras.



End lot serta private



Ruang tamu yang luas



Bahagian ni paling best bila saudara mara datang.Bentang toto,guling ramai-ramai.
Boleh sampai 10 orang jugak ni




Kawasan ni paling penting view menghadap highway Kajang-Cheras.Bayangkan pulak waktu malam macam mana.Mesti cantik kan.



Bilik utama siap dapat free aircond dengan water heater lagi



Bilik tengah untuk anak-anak



Bilik ketiga



Ruang dapur open pon dah siap kabinet



Ruang mencuci baju atau kawasan stor untuk simpan barang.

Haa kalau korang berminat nak tengok unit ni boleh sahaja contact no di bawah.Illa sertakan sekali alamat rumah unit ni.


📌 Imperial Residence Cheras
Jalan Mas Utama Taman Sri Aman
Cheras Selangor.


Korang boleh jugak refer di sini untuk tengok video :

TiktokImperial Residence Condominium Cheras


atau contact no (tekan sahaja link di bawah terus ke Whatssap)


📱 Nak view unit (013 3133 020)


Bye-bye <3 


Saturday, November 09, 2024

Jalan-jalan Turkiye Day 8 & 9 Istanbul-Kuala Lumpur (Ogos 2022)

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Turki (bakal merindui nanti).Selepas sarapan pagi kami explore sekeliling hotel.Tak sah kalau kami bertiga tak explore sekeliling tempat 😂



Sarapan terakhir di bumi Turki



Banquet hall di tingkat paling atas



Gambar kenangan emak di depan hotel sebelum meninggalkan Turki


Selepas selesai explore di tingkat atas,kami check out menuju ke Sultanahmet Square .Mengikut sejarah nama sebenar pada dahulu dikenali sebagai Hippodrom Constantinople (hippo ialah kuda dan dromos pula jalan mengikut bahasa Yunani) merupakan sarkas yang merupakan pusat sukan dan sosial Konstantinopal,ibu kota empayar Byzantine.Dan sekarang dikenali sebagai Sultanahmet Square,dataran di Istanbul.

Terdapatnya satu tiang tembok tinggi yang lebih kurang 15 kaki dikenali sebagai Obelisk Theodosius.Apa itu Obelisk?Obelisk Theodosius merupakan monumen atau mercu tanda Mesir Purba Firaun Thutmose III yang dipercayai kononnya membawa maksud memperingati kemenangan,simbol penghubung antara langit dan bumi dan didirikan semasa dinasti Mesir.Namun mercu tanda ni didirikan semula di Hippodrom Constantinople oleh maharaja Rom Theodosius I .



Sekitar kawasan Sultanahmet Square



📸



Obelisk of Theodosius.Terdapatnya ukiran patung-patung lelaki,wanita,kuda,lembu,unta,beruang,
singa serta pelbagai lagi haiwan yang lain.




Sekitar kawasan Sultanahmet Square


Kami menuju ke tempat seterusnya iaitu The Blue Mosque .The Blue Mosque atau Masjid Biru atau dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid bersejarah di empayar Uthmaniyyah.



Berjalan menuju ke The Blue Mosque



Kawasan hadapan Masjid Biru.Kebetulan masa ni ada renovation sekitar masjid



Sekitar dalam kawasan masjid.Kenapa masjid ni dipanggail sebagai Masjid Biru?
Ini kerana senibina serta luaran masjid ni keseluruhannya berwarna biru termasuk jubin biru di dinding



📸



Sekitar kawasan luar Masjid Biru


Selepas selesai berjalan di sekitar Masjid Biru,kami menuju ke tempat seterusnya.



Masjid Hagia Sophia



My little family 💖



Acik Siti 💖



Kawasan ikonik yang selalu menjadi tumpuan untuk bergambar



Orang beratur menunggu masuk ke Masjid Hagia Sophia



Berjalan menuju ke Topkapi Palace Museum



Beratur menunggu masuk



Dah sampai masa kami



💖



🐎


Kami berjalan menuju ke Topkapi Palace Museum.Apa itu Topkapi Palace Museum?
Topkapi Palace Museum dulunya merupakan Istana Imperial Ottoman yang berfungsi sebagai kediaman utama dan ibu pejabat pentadbiran Sultan Uthmaniyyah.Istana Topkapi (Topkapi Sarayi) dan Harem dahulunya mungkin mempunyai cerita yang lebih berwarna daripada kebanyakan muzium di dunia.

Kawasan dalam muzium ni dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Divan,kawasan Harem,Iftariye Pavilion,Baghdad Pavilion,Library of Ahmet III,Palace Kitchens (dapur istana) dan Treasury(perbendaharaan).


Kami bergerak masuk menuju ke Third Courtyard,Gerbang Felicity.Halaman ini terdiri daripada kawasan peribadi dan kediaman istana.Pintu pagar yang mempunyai kubah disokong oleh tiang marmar.Tiada siapa yang boleh melepasi pintu gerbang tanpa kuasa Sultan.



Topkapi Palace : Gate of Felicity


Senibina yang cantik di zaman kegemilangan Empayar Ottoman



Muka tu jangan tak relaks sangat cing 😾😂



Sekitar kawasan dapur istana


Kami beratur untuk menunggu masuk melihat barangan peninggalan Rasulullah seperti
bekas tapak kaki kanan,turban,pedang,terompah,jubah,helaian rambut Nabi Muhammad serta pelbagai barangan bersejarah yang lain tersimpan di sini.




View dari Topkapi Palace Museum


Selepas selesai berjalan Topkapi Palace Museum,kami menuju ke Little Piece of Asia Restaurant sekitar Istanbul untuk makan tengahari.Kedai ni berkonsepkan masakan Chinese food dan sushi.







Berjalan menuju ke restoran untuk makan tengahari



Kawasan sepanjang tempat kaki berjalan.Rumah/tempat penginapan cantik dan tersusun rapi



Berjalan menuju ke restoran untuk makan tengahari



Kawasan ni selalu sibuk dengan kereta serta tram



Kami makan di Little Piece Asia Restaurant



Sampai di tempat makan kami



Little Piece of Asia



Sebelum



Selepas 😋


Selepas selesai makan tengahari,kami menuju pula ke pusat membeli belah di Grand Bazaar
Dekat terdapat pelbagai barangan jualan dari Tshirt,seluar,barang tembikar,seramik,karpet Turki,lampu berwarna-warni Turki,keychain,perhiasan wanita,barang kemas,handbag buatan Turki,kopi dan teh Turki,manisan Turkish Delight,baklava,lokum,kopi pasir Turki dan macam-macam lagilah sampai korang tak tahu nak beli apa nanti.




Berjalan menuju ke Grand Bazaar



Sekitar kawasan Istanbul



Peta sekitar kawasan Grand Bazaar Turki.



Kawasan depan Grand Bazaar



Sekitar kawasan dalam Grand Bazaar



Berehat seketika selepas selesai membeli-belah



Selepas selesai berehat seketika dan membeli-belah di Grand Bazaar,kami bergerak menuju ke masjid yang terkenal semestinya Masjid Hagia Sophia (sebutannya ayasofya)



Berjalan menuju ke Masjid Hagia Sophia



Masjid Hagia Sophia


Beratur sebelum masuk ke dalam Masjid Hagia Sophia.
Dekat sini nak masuk memang dikawal ketat.




Sekitar dalam kawasan Masjid Hagia Sophia



🕌


Masa ni memang pack ramai pengunjung dari seluruh dunia



Berkenalan dengan kawan baru dari Kazakhstan 


Selepas selesai lawatan di Masjid Hagia Sophia,kami menuju ke restoran sekitar Istanbul untuk makan malam.



Makan malam terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia.



🍽



Kunafa 🍴


Selepas selesai makan malam bersama,kami menuju ke Zakir Gallery untuk membeli-belah terakhir 
di sini.Kalau beli barang dekat sini jangan risau dengan jurang bahasa sebabnya yang melayani kita kebanyakannya pelajar Indonesia yang belajar di Turki.



Sekitar Zakir Gallery



Menunggu bas selepas membeli-belah



Menunggu bas menuju ke Istanbul Airport


Selepas selesai membeli-belah kami menuju ke Istanbul Airport.Perkara yang kami nantikan telah terjadi.Setiap pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan.Terima kasih buat Gamze dan Jamal yang sentiasa melayani karenah dan bantu kami sepanjang lawatan 9 hari di Turki.Rasanya sekejap je bertemu.Mungkin ada masa kita berjumpa lagi. 💖



💖



Naim dan Jamal



Acik Yati dan Gamze 💖



Bye2 Gamze dan Jamal


Selepas selesai mengucapkan selamat tinggal pada Gamze dan Jamal,kami bergerak terus menuju ke balai pelepasan.Selamat tinggal Turki,selamat datang Malaysia.




Kami berlepas dari Istanbul pada waktu malam



Selamat tinggal Istanbul Airport



🛫



Menuju ke balai pelepasan


Alhamdullilah kami selamat sampai di Kuala Lumpur International Airport.Memang seronok pengalaman kami sekeluarga sepanjang berada di Turki.



Home sweet home,Malaysia


Ada beberapa tips serta beberapa pengalaman dari keseluruhan yang Illa nak share dan simpulkan dekat sini untuk rujukan korang:



Bahasa,Budaya serta Agama

Bagi Illa sangat berbaloi kalau korang penggemar sejarah,budaya dan agama antara
pertembungan tiga agama iaitu Islam,Kristian dan Yunani dekat sini selain seni bina dan architecture yang teliti dekat sini.Banyak benda yang korang boleh belajar dekat sini selain melancong.
 

Trojan Horse of Troy (zaman Yunani)
The Temple of Artemis/tapak peninggalan sejarah kuil Artemis (zaman Yunani)
Kolam Antik Cleopatra di Pamukkale.
Cleopatra sebenarnya bukan seorang sahaja mengikut sejarah kuno.
House of Virgin Mary Selcuk (Kristian)
Goeme Open Air Museum Cappadocia (Kristian)
Kenapa Masjid Hagia Sophia (sebutannya ayasofya) mengikut sejarah dulu pernah menjadi gereja?
Topkapi Palace (Peninggalan barang Rasulullah)
Benteng Konstantinopel
dan banyak lagi

Jurang Bahasa

Walaupon sesetengah orang Turki mampu berbahasa Inggeris,bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia tapi ada juga kurang mahir untuk  berbahasa Inggeris mengikut pengalaman Illa sendiri sepanjang travel di sini.Macam mana penyelesaiannya,korang boleh sahaja guna Google Translate seperti di bawah.



Buka Google Translate.Tekan Bahasa Melayu ke Bahasa Turkish.
Tekan perkataan yang kita mahu.Lepastu bila dah translate,tekan bahagian simbol sound 
paling hujung  bawah bahagian kiri sampai ada suara.Bagi dekat penjual dekat situ.



Aktiviti Tambahan

Pakej kami tidak termasuk dengan pakej seperti di blog Jalan-jalan Turkiye Day 5 Cappadocia (Ogos 2022) sebelum ni.Andai kata korang berimpian untuk datang disini dan ingin menaiki hot air balloon atau aktiviti yang lain,boleh sahaja rancang dari sekarang sehingga impian korang akan tercapai nanti.


Rasa Makanan

Makanan ruji disini kebanyakannya salad serta roti.Andai kata korang rindu masakan Malaysia,boleh sahaja bawa sambal atau makanan instan dalam bentuk pack travel di sini.Jangan lupa juga cuba lokum dan teh Turki sebabnya gabungan ni melengkapi sesama sendiri.


Pengalaman Berharga

Ada juga kawasan yang Illa lawati sepanjang kami berada di sini,tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar dan video.Korang kena turun dan rasai sendiri untuk melihat sebahagian peninggalan barang berharga Rasulullah di sini terutamanya di Topkapi Palace Museum 


Itinerari,Waktu Makan & Pengangkutan

Segala itinerari,waktu makan dan pengangkutan telah termasuk dalam pakej sepanjang kami berada di sini.So kalau korang nak bawak family,emak,ayah,saudara,geng,bff,suami,isteri,mak ndak,mak ngah semua nak datang sini,dah tak perlu pening-pening kepala nak fikir kerana semuanya siap disusun oleh agensi dan paling penting sekali tour leader yang akan menerangkan perjalanan sejarah setiap tempat untuk pemahaman kita.


Musim Yang Sesuai Untuk Mengunjungi Turkiye

Sebenarnya takde musim yang sesuai Illa nak sarankan untuk datang melancong disini dan sebenarnya bergantung kepada niat korang nak datang.Andai kata korang berminat nak bermain salji atau ski di Gunung Erciyes boleh sahaja datang musim sejuk akan tetapi ada beberapa tempat yang tidak dibuka untuk pengunjung.Kebanyakan musim yang ideal orang datang dekat sini ialah musim bunga.Masa ni bunga kembang cantik dan suhu pon masih sejuk.Kalau musim panas pula,lebih kurang panas dekat Malaysia.Kalau musim luruh pulak,Illa tak pasti.Nak tahu tarikh yang sesuai,korang boleh rujuk person-in-charge di bawah.(tekan je no tu nanti link terus ke WhatsApp)






📱Ustaz Mohd Yusof (010-227 8642)
📱Puan Farawaheda Aidilfitri (011-1144 8372)


Sekian sahaja blog Illa di Turki selama 9 Hari 7 Malam 8 Negeri (Istanbul-Bursa-Kusadasi-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara-Bolu) musim panas di bulan Julai 2022.Semoga bermanfaat buat semua.Semoga juga yang berimpian nak ke Turki tercapai satu hari nanti.Jumpa di blog yang lain.


Pergi ke Saray makan ikan,
Jangan dilupa sup dan juga roti,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Semoga kita bertemu nanti. 💖


Bye-bye <3