Harini hari terakhir kami sebelum pulang ke Selangor.Kami singgah sarapan di Arau Kopi.Dekat sini pelbagai pilihan makanan dari pilihan nasi lemak,pek nga,sate,roti sangkaya,dim sum,roti gedik dan macam-macam lah.Jangan lupa cuba kopi Arau yang diisi dengan butter.Rasa lemak berkrim.Sarapan pagi dengan vibe pemandangan sawah memang menarik.
Pelbagai pilihan makanan sampai penuh satu meja
Sate pon ada jual disini
Seterusnya kami makan tengahari di Nipah Klasik.Dekat sini ada pelbagai aktiviti air seperti naik bot kecik.Pilihan makanan pulak ada beragam.Kami order laksa telur sarang dan udang sanggul.Tak sah kalau tak cuba air nira nipah sejuk-sejuk dekat sini.
Sekitar kawasan Nipah Klasik
Vibe di Nipah Klasik
Kami order laksa Perlis dan udang sanggul
Kami singgah solat dulu di Masjid Al Hidayah Kangar sebelum bertolak balik 4 petang.Selesai jalan-jalan di Perlis 4 hari 3 malam dekat sini.Memang seronok.Semoga ada rezeki jalan-jalan sini lagi.
Masjid Al Hidayah Kangar
Selamat tinggal Perlis.Nanti jumpa lagi.
Bye-bye <3
No comments:
Post a Comment