Sunday, October 27, 2024

Jalan-Jalan Turkiye Day 1 Istanbul-Bursa (Julai 2022)

Beberapa tahun yang lepas Illa dan sekeluarga diberi kesempatan ke Turkiye.Bandar bersejarah tamadun Islam yang terkenal di seluruh dunia.Sebelum memulakan penerbangan ke Turkiye semestinya memerlukan persiapan yang rapi sebelum menaiki pesawat kapal terbang.Kami menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan dari Andalusia Travel and Tours.Servis dari agensi Andalusia Travels and Tours menyediakan pakej lengkap perjalanan bermula dari penginapan,tempat makan,tempat pelancongan dan lain-lain.Kami mengambil pakej pelancongan Jelajah Kota Turki selama 9 Hari 7 Malam 8 Negeri (Istanbul-Bursa-Kusadasi-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara-Bolu) musim panas di bulan Julai.




Sesi bergambar bersama keluarga sebelum bergerak



Sesi briefing bersama krew Andalusia Travel and Tours




Kami menaiki Turkish Airlines perjalanan direct selama 10 jam




Sesi bergambar bersama trip berkumpulan sebelum berlepas



Sebelum bertolak,perlunya penyediaan list barang yang  rapi sebelum bergerak ke sana.Penerbangan yang Andalusia gunakan adalah Turkish Airline penerbangan terus ke Airport Istanbul selama anggaran 10 jam.Kami diberi briefing serta tote bag kit lengkap dengan makanan ringan dan sampul pertolongan cemas dari Andalusia.




Dapat kit ubat dari Andalusia



Kami bersiap sedia masuk ke dalam kapal terbang




Belanja satu selfie dari kami 😁




Perjalanan tanpa henti ke Airport Istanbul selama 10 jam




Dah bosan sangatlah tu siap main game πŸ˜‚




Antara makanan yang disediakan semasa perjalanan 




Makanan yang disediakan sebelum kami mendarat di Istanbul Airport


Kami sampai di Istanbul Airport sebelum subuh (waktu Turki).Kami berehat seketika sebelum solat subuh dan bergerak ke tempat seterusnya.Selepas solat subuh kami disambut dengan pemandu pelancong dari Turki yang cantik manis,Gamze Sinirdere namanya.Kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Bursa.Jangan risau kalau susah nak dapatkan internet sebab dalam bas ni siap ada perkhidmatan WiFi tau.



Selamat sampai di Istanbul Airport



Alhamdullilah selamat mendarat di Istanbul Airport



Sekitar kawasan Istanbul Airport




Bas yang kami naik sepanjang hari di Turki.Memang selesa dan siap WiFi lagi




Perjalanan menuju ke Bursa



Untuk pengetahuan,terdapat satu undang-undang yang ditetapkan di Turki bagi pemandu di highway iaitu tidak dibenarkan membawa kereta melebihi jam yang ditetapkan.Oleh itu,kami berhenti berehat seketika di RNR.



Berehat seketika di RNR




Perjalanan menuju ke Bursa


Selepas beberapa ketika kami berehat,kami meneruskan perjalanan ke Bursa Grand Mosque atau nama Turki dikenali sebagai Bursa Ulu Cami (sebutannya Bursa Ulu Jami).Kubah di tengah masjid mempunyai bahagian atas kaca dan terdapat air pancut besar dengan 16 penjuru di bawahnya.Setiap inci kaligrafi Ottaman yang ditulis dinding mempunyai makna serta sejarah yang tersendiri.




Selamat sampai di Bursa Grand Mosque



Laluan masuk ke masjid



Pemandangan sekitar serta dalam masjid




Air pancut yang terdapat di tengah-tengah masjid



Kaligrafi yang mempunyai sejarah dan makna tertentu



Jam yang sama tapi sudut pandangan yang berbeza



Kaligrafi di setiap sudut di masjid Bursa



Kaligrafi yang mempunyai sejarah serta makna tertentu



Suasana di dalam Masjid Bursa



Seterusnya kami dibawa makan tengahari di Efezade Cafe & Restaurant Bursa.Menjadi kelaziman makan disini memang disediakan salad kosong,roti,cili jeruk serta sup khas dari Turki.




Makan tengahari bersama di Efezade Cafe & Restaurant Bursa




Makan tengahari di Efezade Cafe & Restaurant Bursa



Makanan Turki tak lengkap kalau takde sup,salad serta cili jeruk



Belah kiri tu macam cucur jagung.Yang ayam tu rasanya lebih kurang 
ayam goreng tapi ada sikit rasa rempah


Seterusnya kami Osmangazi salah satu daerah yang terletak di Bursa.Disini kami dibawa ke makam Sultan Osman Gazi serta anaknya Sultan Orhan Gazi di zaman pemerintahan Empayar Uthamaniyyah.Selepas selesai lawatan ke makam,kami seterusnya ke Silk Bazar.Dekat sini terdapat pelbagai jualan barangan seperti kraf tangan dari Turki,beg perhiasan,minyak wangi,mandian serta pelbagai lagi.



Pintu masuk ke pemakaman Sultan Osman Gazi



Sekitar pemakaman Sultan Orhan Gazi anak kepada Sultan Osman Gazi



Di hadapan makam Sultan Osman Gazi



Mak dan abah bergambar bersama penjaga makam 



Sekitar pemakaman Sultan Osman Gazi



Sekitar makam Sultan Osman Gazi



Bergambar bersama πŸ“Έ




Mak bergambar bersama dengan kawan baru



Bergambar bersama dengan geng-geng trip ke Turki


Gambar candid dari kami πŸ’–



Sekitar jalan di Bursa



Sekitar Silk Bazar



Tak tahu air apa tapi dapat melegakan kehausan 


Menjelang petang kami meneruskan lagi perjalanan untuk check-in di hotel.Kami menginap di Euro Park Hotel Bursa  berdekatan dengan Bursa Uludağ Üniversitesi (sebutannya Bursa Uludai Universi-te-se).Dekat sini lengkap dengan pelbagai kemudahan.Nak mandi kolam pon boleh tapi sehingga pukul 6 petang sahaja.Malam tu kami makan bersama berkumpulan di hotel.



Selamat sampai di Euro Park Hotel Bursa



Boleh mandi kolam sehingga pukul 6 petang sahaja




Katil emak,Illa dan adik



Bilik tidur memang luas



Bilik mandi yang luas dan bersih



Kalau terlupa bawak sabun mandi,jangan risau banyak peralatan mandi yang disediakan



Ada disediakan seterika,peti ais dan water heater



Pemandangan dari atas hotel



Makan malam bersama 🍽



Makan malam kami seperti biasa sup dan salad semestinya ada



Terima kasih pakcik makcik yang bagi sambal dengan ikan masin ni.Memang sedap.
Kalau dah tekak orang Melayu memang tak sah kalau takde sambal. πŸ˜‹



Memandangkan selepas makan malam,kami tiada aktiviti berkumpulan,free and easy,kami sekeluarga explore berjalan sekitar hotel.Kami ke B Cafe Üniversite bersebelahan dengan stesen keretapi.Dekat sini kami order beberapa pastri,kopi serta teh Turki.

 

Santai malam di B Cafe Universite



Pelbagai pilihan pastri dan kopi dekat sini



Jangan lupa untuk cuba teh Turki



Stesen keretapi betul-betul bersebelahan dengan kafe


Selepas selesai bersantai borak-borak dan chill di malam hari kami terus pulang ke hotel.Esok kami akan check out dan terus ke destinasi seterusnya.Jumpa esok pagi esok.


Bye-bye <3

Saturday, August 24, 2024

Santai-santai Makan Laksa di Tepi Sungai BT18 Hulu Langat

 Dah menjadi kemestian,Illa dengan emak selalu berborak pasal banyak tempat.Alkisahnya disebabkan dalam minggu tu emak cakap pasal tempat kawan dia yang pernah pergi makanya pegilah berjalan ke tempat tersebut.Pergi punya pergi bukan dekat situ tapi dekat tempat lain,sabar jelah haha.Rupanya mak nak santai-santai menghadap sungai.

Petang tu sampai lah ke tempat yang dituju.Dekat mana?Semestinya di Laksa Buyung Klasik Batu 18 Hulu Langat .Dekat sini memang banyak jenis pilihan makanan dari laksa,sup berkuah ke makanan gorengan panas-panas.Kami order laksa buyung serta ABC(Air Batu Campur yang biasa punya tau).Kenapa nama laksa buyung?Sebabnya kuah laksa tu dimasak panas-panas dalam buyung.



Antara menu makanan serta minuman yang dijual dekat sini




Selain laksa,ada jugak jualan mee kari,nasi goreng ayam,cendol,ABC,mee udang,
bihun goreng,mee goreng mamak.



Alang-alang dah sampai sini memang kami makan menghadap sungai.




Menikmati ABC dan laksa sambil dihidang pemandangan dan desiran bunyi sungai


Mak dan Illa order menu yang sama laksa dengan ABC.Kalau bab rasa bagi kitaorang sedap
tapi terpulang juga pada lidah masing-masing.



Suasana sekitar Laksa Buyung Tradisional BT18 Hulu Langat




Kawasan sekitar Laksa Buyung Tradisional BT18




Mak amik gambar belakang banner buat kenang-kenangan kat sini.
Ikut maklah asalkan happy saje πŸ˜†


Kalau berjalan dekat Hulu Langat ni rugi kalau tak singgah dekat sini.Cumanya jangan datang hari Khamis tau sebab cuti.Alamat boleh cari dekat sini :

πŸ“ŒLaksa Buyung Tradisional BT18

Jalan Sungai Lui 43100 BT18 Hulu Langat
Waktu Operasi : Isnin- Rabu,Jumaat-Ahad (Khamis cuti)
9 pagi - 4 petang/habis


Atau boleh saja tekan link waze dekat bawah ni :

πŸš—  Waze : Laksa Buyung Tradisional BT18


Ok selamat mencuba semua.


Bye-bye <3 


Sunday, February 11, 2024

Kondominium 228 Selayang


Unit berdekatan dengan Pasar Harian Selayang?
Berdekatan dengan SMK Selayang?

Assalamualaikum hai Illa nak memperkenalkan satu unit yang berdekatan dengan Pasar Harian Selayang serta SMK Selayang.Unit tepi atau end lot yang berkeluasan 1055 sqft mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air.Kalau ada saudara mara datang jangan risau ruang tamu boleh tempatkan ramai orang untuk berkumpul dan tidur.Yang paling best kabinet disediakan disini.

Untuk ruangan keselamatan pulak,Kondominium 228 mempunyai guard serta penjagaan 3 tier security sebelum ke rumah.Pertama sekali cek keselamatan di pondok guard sebelum masuk ke kawasan kondominium.Seterusnya gate sebelum masuk ke lif dan akhir sekali dalam lif sebelum ke tingkat kediaman masing-masing.Ruangan parking pulak ada 2 lot berdekatan dengan lif.Andai kata mak ayah saudara nak datang,disediakan jugak parking pelawat di bawah.




Kondominium 228 di Selayang


Ruang tamu yang luas


Kabinet dapur


Bilik utama



Bilik kedua



Kemudahan swimming pool dewasa dan kanak


Taman permainan kanak-kanak disediakan



Selain itu,terdapat juga kemudahan seperti mini market yang berdekatan,laundry,tadika,Pasaraya NSK,Selayang Mall,TESCO Extra Selayang serta kemudahan lain yang berdekatan dengan Kondominium 228 Selayang.

Haa nak tau lagi detail meh whatssap Illa di no 0133133020 atau tekan link ni tau πŸ“±NAK TAU DETAIL KONDOMINIUM 228

Nak tengok tour lagi rumah Kondominium 228 meh tekan link video ni sampai habis.
Video Kondominium 228


Illa Aqilah
Yang bantu anda cari rumah
REN 42168